Analisis Forex AUDUSD 18 Mac 2013

Analisis untuk pair ini pada minggu lepas saya ada katakan bahawa pair ini akan bertukar arah ke UT disebabkan tidak terciptanya lower low pada daily untuk meneruskan DT. Untuk minggu ini jom kita tengok technical analysis di bawah.

Weekly – Minggu lepas kita dapat lihat CS menunjukkan bullish marubozu sehingga melebihi 200 pips dan price return setelah menyantuh garis SNR minor 1.04125.

Daily – Di TF ini kita dapat lihat gap berlaku setelah Sunday bar keluar lebih kurang dalam 60 pips dan membentuk CRS inverted hammer. CS semasa menujukkan price cuba kembali meneruskan UT.

 

H4 – Trendline minor ini saya lukis di TF H4. Jika kita perhatikan gap telah break trendline ini dan price cuba return pada garis ini dan juga garis SNR major di 1.03785.

 

Kesimpulan

Buat masa ini saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat ke mana arah price seterusnya. Sekiranya ia tidak mencipta higher high yang baru, kemungkinan market akan bertukar arah.

-TAYOR-