Analisis Forex AUDUSD 4 Feb 2013

Minggu lepas kita menyaksikan pair ini bearish dan mencipta LH high yang baru tetapi jika anda perhatikan pattern telah membentuk descending triangle. Jom kita lihat analisis di bawah.

Weekly – CS di weekly menunjukkan CRS doji pada garis SNR BRN 1.04000

Daily – Price beberapa kali bounce di garisan support 1.04000. Perlu diingatkan ia adalah satu garisan yang kuat.

H4 – Garis support 1.04000 adalah garisan big round number.Ia adalah satu garisan yang kuat. Jika anda lihat, price 3 kali cuba break line tersebut tetapi tidak berjaya. Akhirnya ia membentuk breakout pattern descending triangle.

Pada masa ini price telah keluar dari triangle tersebut tetapi tidak mencipta clean break.

Saya jangkakan pair ini akan retrace dan mencipta LH terbaru sebelum meneruskan terjunan. Ini hanya jangkaan saya sahaja tidak semestinya betul :)

Untuk pair ini saya lebih prefer tunggu dan lihat samada ia mencipta LH terbaru atau ia akan berubah mencipta HH yang baru untuk bertukar trend.

 

-TAYOR-