Analisis Forex EURUSD 18 Feb 2013

Pada minggu lepas saya menjangkakan pair ini bearish. Alhamdulillah beroleh sedikit pips untuk minggu lepas. Pada minggu ini agak sukar untuk menjangka pergerakannya. Jom kita buat analisis.

Weekly – CS pada 2 minggu lepas menunjukkan bearish engulfing yang menandakan pergerakan bearsih amat kuat. Kemudian pada minggu ini CS telah membentuk CRS bearish. Mungkin ini disebabkan price telah menyentuh trendline daily (purple).

Daily – CS pada Jumaat lepas telah menunjukkan CRS bearish doji di atas garisan trendline daily. Kemungkinan pergerakan price akan bertukar arah.

H4 – Di TF ini anda dapat lihat price bermain2 di atas garisan trendline. Jika dilihat pada bulatan biru sebelumnya kita dapat lihat price agak lemah untuk bullish.

 

Kesimpulannya di weekly dan daily CS menunjukkan pertukaran arah mungkin berlaku confluence dengan trendline UT. Mungkin anda boleh membuka position Buy jika mahu.

Walaubagaimanapun saya nasihatkan adalah lebih baik melihat pergerakan price semasa reverse. Jika ia mencipta higher high (HH) yang baru bermakna trend masih la UT. Tetapi jika price tidak dapat melepasi line 1.34000 dan mencipta lower high (LH) maka kebarangkalian untuk meneruskan DT mungkin akan berlaku.

Untuk pair ini saya akan mengambil sikap tunggu dan lihat dahulu.

-TAYOR-