Analisis Forex EURUSD 18 Mac 2013

Pada 15 Mac 2013 lepas saya ada post di dalam group analisis untuk pair ini. Dalam analisis tersebut saya ada sebutkan bahawa price sudah menjadi lemah untuk meneruskan bearish kerana ia tidak dapat break line support BRN 1.29000.

Jadi mari kita lihat apa akan berlaku pada pair EURUSD ini.

Weekly – Di TF ini kita dapat lihat CS close sebagai CRS bullish engulfing. Dan jika kita rujuk CS pada minggu sebelumnya CRS inverted hammer telah muncul dan menandakan pertukaran arah mungkin berlaku.

 

Daily – Di daily kita lihat price sudah break trendline walaubagaimanapun ia masih belum melebihi line BRN 1.31000 dan juga ia tidak melebihi ketinggian lower high sebelum ini.

 

H4 – Di H4 kita dapat lihat dengan jelas price telah melebihi ketinggian lower high sebelum ini. Jika TF ini sebagai rujukan, kemungkinan market akan bertukar ke arah UT amat tinggi kerana selain price telah mencipta higher than lower high sebelum ini price juga telah break trendline DT.

 

Kesimpulan

Untuk pair ini terdapat 2 signal yang mengatakan ia akan bertukar arah iaitu:

  1. Trendline DT telah breakout
  2. Price close pada Jumaat lepas lebih tinggi dari lower high sebelumnya
  3. 2 minggu sebelum ini kita menyaksikan kelemahan price untuk break line support BRN 1.29000. Line telah menjadi line support semenjak Okt 2012

Jadi untuk pair EURUSD ini saya lebih ke arah Buy bergantung kepada sekiranya price reverse dan membentuk higher low yang baru.

-TAYOR-