Analisis Forex EURUSD 25 Mac 2013

Pada analisis EURUSD 18 Mac 2013 saya ada mengatakan bahawa kemungkina market akan bertukar arah ke UT untuk pair ini. Alhamdulillah jangkaan saya tepat..Mari kita lihat analisis untuk minggu ini pula..

Weekly – Bullish CS pada minggu lepas melebihi bearish CS sebelumnya, menandakan kemungkinan price akan bertukar arah kepada UT.

Daily – Di TF ini kita dapat lihat pada Jumaat lepas price telah break line SBR 1.29540 dan terus ke area BRN 1.30000 sebelum return semula ke line SNR major (biru). Jika kita kira kekuatan buyer pada CS jumaat lepas ia hampir 120 pips.

H4 – Di TF ini kita dapat lihat dengan jelas market telah cuba membentuk UT dengan terciptanya higher high dan higher low yang baru. Last CS membentuk CRS shooting star. Saya jangkakan kemungkinan price akan retrace terlebih dahulu sebelum meneruskan pendakian.

 

Kesimpulan

Jika kita menggunakan fibo dan menganggar price akan retrace pada line 23.6 @ 1.29156 atau 38.2 @ 1.29337. Bagi saya kemungkinan price tidak akan mencecah line tersebut kerana terdapat beberapa halangan iaitu:

  1. Kemungkinan price akan return pada line SBR 1.29540 iaitu berhampiran dengan line fibo 50.0 @ 1.29482
  2. Terdapat 2 line SNR iaitu SBR 1.29540 dan juga SNR major 1.29653

Jadi mungkin lebih baik kita perhatikan price melalui line2 di atas sebelum membuat PO. Jika CS membentuk CRS pada line2 tersebut mungkin kita boleh setkan PO Buy. Untuk pair ini saya lebih kearah untuk BUY.

 

-TAYOR-