Analisis Forex EURUSD 4 Feb 2013

Setelah beberapa kali percubaan price untuk break line resistance 1.33500 akhirnya ia terus melonjak dan ramai di antara anda mendapat profit untuk pair ini kan? :)

Ok pada minggu ini jom kita lihat analisis samada ia akan meneruskan pendakian atau sebaliknya.

Weekly – Minggu lepas price telah melepasi resistance tertinggi iaitu 1.36000

Daily – Di daily kita dapat lihat dengan jelas price cuba kempali ke line resistance 1.36000. Saya jangkakan ia hanya sekadar retracement sebelum meneruskan pendakian

H4 – Seperti anda lihat di daily price cuba kembali ke line resistance yang telah dipecahkan sebelum ini. Saya jangkakan ia akan reverse dan meneruskan pendakian setelah price mencecah line resistance 1.36000 dan menjadikan ia Resistance Become Support.

Jika dilihat pada fibo 1.36000 berada di antara line 23.6 dan 38.2.

Line resistance 1.36000 adalah satu garisan big round number dan saya jangkakan ia satu garisan yang kuat. Jika anda lihat pada fibo 38.2 @ 1.36051 adalah hampir dengan garisan 1.36000. Saya jangkakan price akan mula reverse di garisan tersebut.

Untuk pair ini saya lebih pro kepada BUY. Kita tunggu samada CRS akan terbentuk di garisan 38.2 atau 23.6.

Ini adalah sekadar teknikal analisis dari saya sahaja. Samada betul atau tidak wallahuaalam..

 

-TAYOR-