Analisis Forex GBPUSD 21 Jan 2013

Analisis Forex GBPUSD 21 Jan 2013

Minggu lepas pair ini telah break trendline major dan terus menyaksikan penurunan. Ada yang sempat trade ada juga yang tidak sempat. Tak mengapa..InsyaAllah ada lagi peluang tu.. :)

Analisis GBPUSD untuk minggu ini.

Weekly – Price telah break trendline major dan membentuk CRS bearish engulfing yang panjang dan terhenti di line support 1.58400. Kebiasaannya jika price membentuk CS yang panjang sebegini, momentumnya agak kuat untuk turun lagi JIKA tiada sebarang news.

Daily – Jika dilihat price telah break line support 1.60200 dan trendline sebelum terus turun dan menghampiri kawasan support 1.58400. Untuk keadaan ini saya tak pasti samada ia akan melakukan retracement atau tidak.

H4 – Di TF ini kita dapat lihat price telah bounce di kawasan minor support 1.58600. Jika reracement belaku, kemungkinan ia akan pergi ke line inor SNR 1.59000 atau ke garisan trendline yang hampir.

 

Menurut analisis ini di TF yang besar masih tidak kelihatan bentuk2 CRS yang menguatkan bahawa retracement mungkin berlaku. Walaubagaimanapun saya akan terangkan di dalam group bagaimana untuk trade pair ini jika market open esok masih berpihak kepada bearish.

Untuk pair GBPUSD ini saya pro kepada SELL.

 

Trade At Your Own Risk (TAYOR)..

 

Metatrader Indicators