Analisis Forex GBPUSD 8 April 2013

Pada minggu lepas saya menjangkakan pair ini akan bearish kerana wujudnya CRS pada TF weekly, daily dan H4 tetapi disebabkan news GBP last week menguatkan pound dan news USD-Unemployment claims  pada Khamis lepas menambahkan lagi kekuatan pada pound.

Dari kesan pengangguran yang meningkat di US, NFP pada bulan ini menjatuhkan lagi nilai dollar. Ok untuk minggu ini jom kita lihat teknikal analisis di bawah.

Weekly – Di TF ini kita dapat lihat CS minggu lepas price bullish sehingga melebihi 300 pips dan price terhenti di line support 1.53450 iaitu line support pada 27 May 2012.

Daily – Pada Jumaat lepas kita dapat lihat kesan kelemahan dollar dalam NFP menyebabkan price bullish melebihi 150 pips. Mungkin ramai yang profit masa news ni kan? :) Jika kita lihat price berhenti pada line SNR 1.53450 dan mencipta higher high yang baru.

H4 – Di sini kita dapat lihat price menunjukkan kelemahan semasa menghampiri line 1.53450. Line tersebuut adalah line support yang saya lukis di TF weekly dan menjadikan ia satu line yang kuat.

 

Kesimpulan

Untuk pair ini saya menjangkakan price mungkin akan retrace pada line 1.53450 dan kemungkinan akan mencipta higher low yang baru. Buat masa ini saya akan mengintai peluang buy sekiranya ia wujud CRS setelah retrace. Walaubagaimanapun untuk menentukan price benar2 UT belum dapat dipastikan kerana price menghampiri line support weekly.

Jadi buat masa ini saya lebih kearah BUY. Sekiranya berlaku perubahan saya akan update di dalam group.

 

-TAYOR-