Analisis Forex NZDUSD 11 Feb 2013

Pair NZDUSD ini dah lama saya tunggu ia retrace pada line SNR daiy 0.84600. Jika dilihat pada history yang lepas line ini amat kuat. Sejak dari Feb 2012 price cuba break line tetapi tidak berjaya. Alhamdulillah minggu lepas saya berjaya dapat 120 pips dari pair ini..Ok sekarang jom kita lihat analisis untuk minggu ini pula.

 

Weekly – Jika dilihat price masih lagi tidak dapat menembusi line resistance 0.84600. CS menunjukkan bearsih engulfing tetapi tidak panjang. Mungkin kerana ia telah menyentuh trendline dan trader close position sell ketika menghampiri trendline

Daily – CS jumaat lepas membentuk CRS inverted hammer menandakan perubahan arah mungkin berlaku. Saya jangkakan ia bukan sekadar retrace keran price telah menghampiri trendline dan jika dirujuk pada price pada minggu lepas ia bertukar arah pada line SNR dan membentuk double bottom.

 

H4 – Di TF ini anda lihat pada minggu lepas telah mencipta DT pattern di mana price telah membentuk lower high dan lower low. CS pada jumaat lepas close sebagai CRS bullish inverted hammer mungkin perubahan arah akan berlaku.

Untuk pair ini jika diihat pada TF daily dan H4 CS menunjukkan CRS dan menandakan perubahan arah mungkin berlaku. Jika kita lihat pada CRS di H4 jika ia retrace kemungkinan ia akan melebihi dari price lower high sebelum ini. Jika ia melebihi lower high ia akan membentuk higher high dan secara automatik ia akan bertukar kepada UT.

Mungkin kebanyakan trader tidak mahu mengambil risiko untuk sell pada pair ini. Walaupun nampak ia DT tapi untuk pair ini saya pro kepada Buy.

-TAYOR-