1. Apa Itu Forex?

 

‘Forex’ adalah satu singkatan daripada perkataan Foreign Exchange adakala ia juga dinamakan sebagai ‘FX’. Dalam bahasa melayunya ialah ‘pertukaran wang asing’. Anda juga dapat lihat carta pertukaran wang asing dalam website Bank Negara

5 November 2012

Sekiranya anda travel ke negara lain anda pasti akan mencari currency exchange booth (pengurup wang) untuk menukar wang Ringgit Malaysia anda kepada matawang negara yang ingin anda lawati.

Sebagai contoh pada carta tukaran wang asing Bank Negara di atas, sekiranya anda ingin menukar Ringgit Malaysia kepada US Dollar mengikut rate semasa 3.0660 bersamaan  1USD = RM 3.07

Forex adalah pasaran kewangan yang terbesar berbanding pasaran saham iaitu jumlah transaksi sehari USD 5 TRILLION.

Jika megikut statistic dari USD 5 Trillion transaksi, hanya USD 1.49 Trillion diniagakan oleh ‘Retail Trader’ iaitu peniaga kecil-kecilan seperti anda.

USD 1.49 Trillion sehari adalah satu jumlah yang besar untuk dikongsi dengan trader-trader yang lain.

So, adakah anda sudah bersedia untuk mengambil sedikit keuntungan dari USD 1.49 Trillion ni?