2. Apa Yang Anda Niagakan?

Apa yang anda niagakan dalam forex ni?

Jawapan mudah adalah WANG.

Dalam perniagaan forex apa yang anda perdagangkan ialah matawang. Sebagai contoh, anda membeli matawang USD1.00 dengan harga yang telah ditetapkan oleh bank negara USD1.00 bersamaan RM 3.07.

Dengan membeli matawang asing, secara asasnya anda ada share dengan ekonomi negara tersebut. Berdasarkan contoh tadi anda membeli matawang USD maka anda ada share dengan ekonomi AS.

Ok, saya tidak akan mengulas dengan lebih detail tentang basic ni kerana ia akan membuang masa anda untuk anda faham. Saya tahu anda tidak sabar untuk berkongsi keuntungan dari USD 1.49 Trillion tu kan? :)

 

Dalam perniagaan forex ada matawang utama (Major Currency) yang diniagakan. Lihat carta major currency di bawah:

Forex trading diniagakan dalam bentuk pairs (pasangan) iaitu anda membeli 1 matawang dan menjual matawang yang lain. Pening kan? :) Ok anda lihat carta di bawah ni apa yang saya maksudkan dengan pair tadi.

Major Currency Pairs

Carta di atas dianggap sebagai ‘Major Pairs’ kerana pairs mempunyai USD sebagai base dan quote. Contoh base ialah matawang USD di depan seperti USD/JPY, USD/CHF, USD/CAD dan sebgainya manakala quote ialah matawang USD di belakang seperti EUR/USD. GBP/USD, AUD/USD dan sebagainya.

 

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya selalu beri contoh USD. Lihat graf di bawah

 

Kerana USD lebih dari separuh major currency pair. Hampir setiap pelabur, perniagaan dan bank2 negara mempunyai matawang ini. Sebab itu ia di senarai dalam carta major currency pair.