1. Support and Resistance

Support and Resistance

Support and Resistance ialah satu garis di mana price membuat penukaran arah. Cuba lihat rajah di bawah:

Support – Garisan di mana market  turun ke lowest  price kemudian bertukar arah.

Resistance – Garisan di mana market naik ke highest price kemudian bertukar arah.

Jika anda lihat contoh zigzag uptrend di atas terdapat beberapa line Support and Resistance. Setiap pergerakan market yang mencipta highest high (HH) yang baru kemudian reverse maka secara dasarnya ia mencipta satu garisan Resistance yang baru..begitu juga dengan Support setiap kali market mencipta lowest high yang baru dan reverse secara dasarnya mencipta satu garisan support yang baru.

Sekarang cuba anda lihat screenshot di bawah..trend menunjukkan Uptrend (UT). Di mana letaknya Support and Resistance?

Dapatkah anda mengagak di mana kedudukan Support and Resistance?  Adakah sama dengan screenshot di bawah? :)

Ok sekarang gambarajah di bawah adalah Downtred (DT)..Di mana letaknya Support and Resistance?

Adakah tekaan ada sama dengan screenshot di bawah? :)

Saya pasti mungkin anda ada sedikit perbezaan pendapat dengan saya tentang satu garisan Support yang saya tidak lukis dalam chart dia atas bukan? :)

Sebenar cara melukis garisan Support and Resistance adalah subjektif tetapi saya suka melukis garisan Support and Resistance di mana market telah mencipta lowest/highest sahaja.

NOTA: Saya sarankan untuk garisan Support and Resistance anda lukis di time frame (TF) yang BESAR. Sekiranya anda trade menggunakan TF H1, sebaiknya anda lukis line Support and Resistance di TF H4 begitu juga sebaliknya. Semakin BESAR timeframe yang anda lukis semakin VALID line Support and Resistance tersebut!

 

 

 

 Untuk kualiti video lebih jelas, sila setkan Quality video sekurangnya 480p

 

 

Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance

Resistance Become Support (RBS)

Jika anda lihat di dalam chart ada beberapa line Resistance menjadi line Support secara automatik. Cuba anda lihat chart di bawah yang saya katakan RBS :

Pada asalnya pada RBS Line adalah garis Support tetapi ia selari dengan garisan Resistance sebelumnya. Jadi ia dinamakan Resistance Become Support (RBS).

 

Support Become Resistance (SBR)

Support Become Resistance (SBR) ialah deimana garisan support selari dengan garisan resistance yang baru. Lihat contoh chart di bawah:

 

Anda lihat pada awalnya ia adalah garisan Support kemudian ia selari dengan resistance ia di namakan Support Become Resistance (SBR)

 

NOTA: Kebiasaan garisan-garisan Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance adalah garisan2 yang KUAT. Jadi ambil perhatian sekiranta price melalui garisan2 ini.