Jangkaan News NFP (Non-Farm Payrolls) 5 July 2013

Salam kepada pengunjung blog ini..sudah agak lama saya tidak update disebabkan kekangan masa dengan projek baru dan hobi baru :)

Ok jom kita teruskan dengan jangkaan NFP bulan ni. Oleh kerana US cuti Independence Day 4 July so, news untuk Unemployment Claim dikeluarkan lebih awal berbanding kebiasaannya pada hari Khamis. Biasanya saya akan tunggu news ini keluar terlebih dahulu sebelum buat analisis untuk NFP.

Jika kita lihat news Unemployment Claim yang keluar tadi menunjukkan perubahan yang tidak memberi banyak kesan ke atas dollar kerana pengurangan pengangguran sebanyak 5K berbanding forecast.

ScreenShot080

 

Walaubagaimana pun ia memberi sedikit impact atas kekuatan dollar sebelum news PMI keluar. Non-manufacturing PMI menunjukkan penurunan sebanyak 1.5% berbanding bulan lepas.

Jika kita lihat pada table di bawah ‘Employment’ meningkat sebanyak 4.6%.

ScreenShot081

 

Buat masa sekarang kita dapat anggarkan labour data meningkat dan akan mengukuhkan USD pada NFP Jumaat ini.

ScreenShot082

 

Kesimpulan

Pada pendapat saya kekuatan USD mungkin akan meningkat untuk NFP pada bulan ini. Jika kita lihat pada pair USDJPY, kita dapat lihat jelas price sedang break pada line BRN 100.000.

ScreenShot083

 

Untuk NFP minggu saya akan monitor untuk trade pair USDCAD kerana pada hari yang sama terdapat news ‘Employment Change’ untuk CAD. Jika mengikut anggaran kemungkinan CAD ‘Employment Change’ akan jatuh -12.3K berbanding bulan lepas 96.0K. Ia satu penurunan yang agak besar.

ScreenShot084

Ini sekadar jangkaan dan pendapat peribadi saya sahaja. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan buat ‘Live Trade’ untuk news NFP Jumaat ini.

-TAYOR-