Nasihat Untuk Seorang Trader

Perkongsian nasihat sesama kita…

Nasihat ini sebenarnya untuk diri saya sendiri yang saya telah senaraikan dalam Forex Trading Plan (FTP). Harap dapat kita kongsi bersama..

  1. Don’t trade if you don’t see..you are not blind!.
    Psikologi kita ni, bila kita bangun dan buka chart dah mula rasa gatal tangan nak trade..Macam harimau lapar nampak rusa, terus rasa nak terkam.
    Smart trader akan analyze dulu beberapa minit sebelum buat setup. Jangan over analyze nanti kita akan nampak┬ásetup yang bukan2 untuk meng’halal’kan false signal.
    Simple rules.. JANGAN TRADE jika anda tak nampak setup yang cantik!
  2. Trust the biggest Time Frame
    Selalu rujuk TF yang besar untuk tentukan trend dan setkan mind samada kita nak mencari setup buy/sell.
    Study bentuk2 candlestick..apa maksud shadow..apa maksud body
  3. PATIENCE…
    Trader ni seperti seorang sniper..kira macam cerita ‘Enemy at the gates’ :) Dah buat analisis dan setkan mind nak buy ke nak sell. Rileks dulu sehingga keluar signal2 yang boleh anda setkan PO.
    Dan jangan jadi Rambo tembak pkai machine gun 10 peluru keluar 1 jer kena target. Kalau boleh 1 peluru 1 target :)
  4. Don’t trade for money
    Mesti ramai yang terkejut list ni ada dalam FTP saya. Semua orang trade nak dapat untung..kalau tak nak untung buat apa trade betul tak? :)
    Saya cuba tanamkan dalam minda saya yang saya trade bukan nak untung tetapi nak meminimumkan risiko. Dengan minimumkan risiko profit akan datang dengan sendiri.
    Maksudnya jika anda rasa market price tak stabil, kenapa kita perlu ambil risiko trade? kan lebih baik kita tunggu dan lihat..buat air kopi,rileks2 sambil tengok chart…anggap la kita tengah tengok movie :)

Ini di antara list dalam FTP saya yang buat untuk memantapkan diri dalam dunia trading ni. Jika anda mempunyai FTP anda sendiri, follow jer apa yang telah anda tulis. Insya Allah kita akan termasuk dalam 10% orang yang berjaya dalam trading. Amin…