Pemahaman Tentang Trend & CRS

Salam semua..

Saya ada menerima email pertanyaan tentang bagaimana nak lukis trend line dan bagaimana nak ingat bentuk2 CRS… Masalah ni sebenarnya masalah common bagi newbie.

Sebelum ni pun ramai yang belajar dengan saya tanya soalan yang sama. Ok,  ada 2 masalah utama:

  1. Bagaimana Lukis Trendline
  2. Bagaimana Nak Ingat Bentuk2 CRS

 

Bagaimana Lukis Trendline

1st saya nak tanya apa tujuan lukis trendline?…..Tujuan lukis trendline adalah untuk mengetahui trend semasa sesuatu pair samada downtrend atau uptrend. So konsepnya untuk tentukan arah trend semasa.

Saya cadangkan untuk kenal pasti trend gunakan TF Daily . Lihat screenshot di bawah

 Screen Shot 10-10-14 at 01.19 AM

EURUSD TF Daily

Soalan saya..dari screenshot di atas cuba anda market uptrend atau downtrend?

Lihat contoh di bawah pula

Screen Shot 10-10-14 at 01.23 AM

USDCHF TF Daily

Soalan sama ..screenshot di atas cuba anda market uptrend atau downtrend?

Trend dapat dilihat dengan jelas jika gunakan TF Daily  sebagai rujukan.. So, persoalannya kenapa perlu lukis trendline?….

Trendline dilukis untuk kita detect samada market masih meneruskan trend semasa atau tanda2 reversal akan keluar..Lihat contoh di bawah

Screen Shot 10-10-14 at 01.30 AM

EURUSD TF Daily

Screen Shot 10-10-14 at 01.31 AM

EURUSD TF H4

Di chart pertama saya lukiskan garisan trendline di TF Daily..Seterusnya saya buka TF yang lebih rendah iaitu TF H4..Anda lihat price telah break garisan trendline yang telah saya lukis..

Di sini kita dapat lihat kemungkinan trend akan berubah dari downtrend ke uptrend.

Tujuan trendline sebenarnya untuk mengetahui samada price masih dilandasan trend semasa atau kemungkinan bertukar arah.

Sekiranya anda trade menggunakan teknik breakout trendline amat membantu tapi sekiranya anda trade menggunakan teknik CRS cukup sekadar anda melihat trend di TF Daily tak perlu lukis trendline.

Ok kita berbalik kepada masalh kedua iaitu:

Bagaimana Nak Ingat Bentuk2 CRS

Di bawah senarai jenis2 CRS

ScreenShot022 (1)

ScreenShot023

ScreenShot024


Untuk mengingati jenis2 CRS saya nasihatkan jangan serabutkan pemikiran anda dengan nama-nama CRS…cukup anda ingat bentuk CRS sahaja.

Jika susah nak ingat semua cukup sekadar anda ingat bentuk

  1. Hammer
  2. Hanging Man
  3. Inverted Hammer
  4. Shooting Star

Itupun dah cukup power :)

Oklah..saya harap penerangan ini membantu anda lebih memahami bagaimana cara untuk lukis trendline & bentuk CRS..

Sekiranya anda ada pertanyaan boleh email ke saya di admin@itradernet.com atau terus bertanya dalam group.