Persepsi dan semangat untuk anda..

 

 

Salam semua,

Saya sebenarnya jarang upload statement A/C forex saya tapi di sini saya nak kongsikan kepada anda bahawa tiada yang mustahil jika anda ingin berjaya dalam forex trading. Screenshot ini untuk berikan anda semangat..Sekiranya orang lain boleh buat..saya pasti anda pun mampu melakukannya!

Di atas adalah salah satu real A/C forex saya untuk minggu ini.

 

Persepsi

Pagi tadi saya jumpa dan berbual dengan salah seorang jiran saya. Oleh sebab kami ni jarang berjumpa sebab beliau selalu balik kerja lewat tapi hari ni beliau cuti so, kami berbual panjang.

Oleh kerana saya agak baru dalam kejiranan ni, beliau tanya saya samada saya cuti ke hari ni. Saya cakap saya kerja tapi kat rumah jer. So dia tanya saya kerja apa?

Jawapan yang biasa saya jawab jika ada orang bertanya saya kerja apa ialah..’Trading’ dan pasti ada soalan selepas tu..“nko trading apa?” dan sekali lagi jawapan kebiasaan saya “trading biasa2 jer..beli barang & jual barang online..”

Bukan niat untuk berbohong tapi kadang-kadang persepsi negatif orang terhadap forex trader macam kita lebih-lebih lagi golongan elite.

 

Pagi tadi saya saje nak tengok apa pendapat jiran saya terhadap forex trader. Saya jawab soalan beliau yang saya kerja ‘Currency Trading’ ..

“ooo..forex la ni..” saya senyum jer..

“Bahaya main forex ni Rizal..kawan2 saya ramai dah terjebak & berpuluh2 ribu rugi.. “

“Forex ni banyak yang tipu..”

“Saya tengok ramai kawan2 saya deposit lagi banyak dari withdraw..”

“Itu belum campur lagi yang pergi ke kelas2 & seminar forex..beribu habis tapi masuknya tidak..”

 

Ini salah satu persepsi negatif dengan hanya melihat pengalaman orang lain tapi pengalaman ini juga pernah dirasai oleh trader yang baru berkecimpung dengan forex trading.

Persepi negatif ini mungkin terjadi disebabkan iklan2 forex yang terlalu hype

“INGIN MENJANA INCOME LUMAYAN..bla..bla..bla..”

“BERIKAN SAYA LAPTOP DAN SAMBUNGAN INTERNET..SAYA MAMPU MENJANA INCOME LUMAYAN!..”

dan macam2 lagi iklan2 hebat yang saya pasti anda pernah dengar kan? :)

Tidak kurang juga dengan cerita kawan-kawan tentang kehebatan forex sedangkan mereka pun belum mahir dalam trading ni.

 

Realiti

Forex bukan sesuatu yang mudah jika anda tidak memahami konsep forex itu sendiri!

Saya pasti ramai di antara anda telah beli bermacam-macam ebook/buku, indicator dan lain2 termasuk sertai seminar dan kelas forex tapi masih tidak berjaya!

“Tipu la forex ni..kerja nak ambik untung untuk tipu orang je..”

Sekali lagi persepsi negatif dikeluarkan…

 

Realitinya..forex sebanarnya memang mampu menjana pendapatan lumayan!

Satu lagi iklan hype :)

 

Pengalaman

OK, saya akan cerita pengalaman saya sendiri macamana saya boleh berkecimpung dalam dunia ni.

Saya bukanlah pakar ekonomi..subjek ekonomi SPM pun saya fail tapi alhamdulillah dapat jugak saya masuk ITM (sekarang ni UiTM) dengan ambik Dip. In Building kira construction la :) Habis study tahun 1996 alhamdulillah saya terus dapat kerja walaupun keadaan ekonomi masa tu agak fragile.

Penghujung tahun 2006 saya ada masalh kesihatan dan major operation terpaksa dibuat. Selepas pada itu saya tidak boleh bekerja berat lagi. Ini bukan cerita sedih tau tapi nak cerita pengalaman macamana saya boleh terlibat dalam forex :)

2007 saya tercari-cari sumber pendapatan untuk menampung kehidupan keluarga. Nak kerja berat tak boleh..apa yang saya mampu duduk depan pc..jika anda perasan sekitar 2007 – 2010 terlalu banyak iklan ‘Jana Pendapatan Lumayan‘. Oleh disebabkan ketika itu keadaan terdesak ‘termakan’ jugak la umpan2 iklan tu..banyak jugak duit habis untuk belajar.

Dalam masa yang sama saya mengenali forex.  Ebook yang pertama saya baca ialah ‘School of Pipsology’. Saya download dan saya print ebook tersebut untuk memudahkan saya membaca. Saya pasti ada diantara anda pernah membaca ebook ni kan? :)

Dah ‘lunyai’ ebook ni.hehehe….

 

Saya study sendiri..banyak istilah2 yang saya tak faham. Maklum la subjek ekonomi kan fail :) ..Suatu hari saya berkesempatan berjumpa dengan officemate adik saya. Beliau seorang akauntan dan terlibat dalam forex. Banyak yang saya belajar dari dia tentang line Support & Resistance dan Trendline.. Sekarang beliau dah berhenti kerja dan menjadi forex trader sepenuh masa.

Tapi saya rasa macam tak best jer tengok chart tak ‘coloring’  nampak kosong jer.hehehe..so saya cuba bermacam indicator ada yang percuma dan ada yang saya beli baru nampak meriah chart saya walaupun ada yang saya tak faham :)

MORAL OF THE STORY: Tak semua indicator yang saya masukkan dalam chart saya faham..kebanyakannya berlaku clash.

Realiti yang sebenarnya kita tak perlu letak indicator terlalu banyak indicator kalau kita tak faham. Tools seperti horizontal line dan trendline adalah cukup HEBAT dan percuma jer dalam metatrader 4 :)

 

Kesimpulan

Saya seperti anda..

Tiada pengalaman dalam forex..saya bukan kerja di bank..background saya cuma construction..tiada kena-mengena dengan forex.

Bukan sikit duit yang saya laburkan untuk belajar forex..semakin banyak belajar semakin saya faham konsep untuk trade.

Nasihat saya untuk newbie:

  • Cuba lukis garisan trendline dah fahamkan bagaimana line ini berfungsi untuk menentukan arah market/trend.
  • Fahamkan bagaimana untuk lukis line Support dan Resistance dan GUNA line SNR ni untuk mencari peluang setup position. Jangan pandai lukis jer tapi tak faham kenapa sesetengah price bounce di line SNR yang ini tapi breakout pada line SNR yang itu..
  • Kaji kenapa bentuk candlestick berlainan..kenapa yang ini ekornya panjang dan kenapa yang satu lagi takde ekor..ini bukannya ilmu ‘jin pakai toncang:)
  • Praktis..praktis..praktis..setiap apa yang telah anda pelajari.

Jangan jadikan alasan yang anda tak mampu kuasai forex sebab background anda berlainan dengan ekonomi. Jika anda minat teruskan belajar..belajar..dan belajar..

Sekiranya orang lain boleh..saya pasti anda pun boleh!