Pokok

Pokok…

Mungkin berbeza tajuk entri saya kali ni..berkenaan dengan pokok

Setiap pokok memerlukan kekuatan akarnya untuk berdiri teguh semakin tinggi pokok semakin kukuh akarnya.

Selain menguatkan struktur pokok akar  juga membantu membekalkan air dan nutrien untuk menjadikan pokok lebih sihat selain ia dapat mengeluarkan buah-buahan yang bermutu tinggi untuk kita.

blogger-image-22851637

 

Seperti pokok durian.bermula dari memilih kualiti benih..menyemai..menyiram..membaja seterusnya menjadikan ia mebesarkan dan mengeluarkan buah durian berkualiti tinggi.

Kekukuhan pokok durian ini juga bergantung kepada kekuatan akarnya..

Simboliknya..

Untuk menjadi seorang forex trader pemahaman yang kukuh konsep asas trading amatlah penting. Ia sering dipandang enteng sesetengah newbie.

Dari asas yang kukuh akan membantu anda mendapat pemahaman yang jelas bagaimana forex itu diniagakan. Dengan asas yang kukuh juga akan membantu anda berdiri teguh dengan perniagaan ini.

Saya selalu menekankan teknik naked trading memerlukan pemahaman asas yang betul. Saya tak menyebut belajar asas  tapi saya nyatakan pemahaman asas. Maksud saya di sini pemahaman konsep asas amatlah penting.

Jika konsep asas anda telah faham insyaAllah anda akan menjadi seorang trader yang berjaya.

Screen Shot 10-21-14 at 01.59 AM 001

 

Saya mendapat email dari sahabat kita Zuan yang bertanyakan apa yang diperlukan untuk permulaan sebagai seorang newbie trader. Sebelum itu kepada saudara Zuan, saya tak dapat reply email saudara kerana email saya di block oleh server universiti saudara.

Entri ini adalah jawapan pada soalan saudara..

Saya  berharap kapada newbie trader memahami konsep setiap asas forex dan saya doakan insyaAllah suatu hari nanti anda akan menjadi seorang trader professional…insyaAllah

P.S: Minggu ni saya tak buat analisis sebab analisis EURUSD minggu lepas masih sama dalam minggu ini.