Sideways Breakout Lessons

 

Sideway Breakout Lessons – Berlaku apabila pergerakan market mendatar dan tidak dapat dipastikan ke mana arah tuju (sebenarnya arah tuju price boleh dikenalpasti  :))

Lihat contoh di bawah

 

Untuk teknik ini syarat-syarat wajib yang perlu anda patuhi ialah:

  1. Pastikan trend market terlebih dahulu – samada uptrend atau downtrend
  2. Body candlestick yang break line dan bukannya candlestick shadow – Syarat wajib asas breakout
  3. Membentuk sekurang-kuranya 2-3 pushback/pullback momentum candlestick –  Syarat wajib asas breakout

 

Sekarang lihat screenshot pair EURUSD di TF H4  di bawah

EURUSD di TF H4

Secara kasarnya kita dapat kenal pasti trend market sekarang adalah uptrend. So, sekarang lihat pula screenshot di bawah di mana area sideway berlaku

EURUSD di TF H4

Kawasan yang bertanda biru di atas adalah sideway. Mungkin ada yang akan bertanya mengapa bentuk sideway yang berwarna pink tu saya tak kira ia sebagai sideway breakout..

Jawapannya….. anda kaji sendiri samada ia mematuhi syarat2 wajib yang saya sebutkan kat atas tadi :)

Ok kita sambung semula..setelah anda pastikan trend market sideway, anda perlu buka chart TF yang lebih kecil. Sekarang lihat screenshot di bawah

EURUSD di TF H1

Di TF H1 ini anda letakkan garis di atas shadow yang paling tinggi dan shadow yang paling rendah seperti yang telah saya lukis di atas (line purple)

NOTA: Pastikan line yang anda lukis sekurang2nya menyentuh 3 shadow

Sekarang anda dapat kesan price telah break line yang atas jadi syarat yang kedua telah berlaku

Body candlestick yang break line SNR dan bukannya candlestick shadow

Sekarang kita akan tunggu price memenuhi permintaan syarat yang berikutnya iaitu

Membentuk sekurang-kuranya 2-3 pushback/pullback momentum candlestick

Ok, syarat wajib yang kedua telah dipenuhi..So, sekarang bolehlah kita setkan PO buy 5 pips di atas shadow yang paling tinggi dan Stop Loss di bawah shadow pullback yang paling rendah seperti di bawah

Setelah PO dan Stop Loss telah diletakkan, sekarang kita akan setkan TP. Terdapat 2 cara untuk letakkan TP

  1. Support and Resistance (SNR) terdekat
  2. Monitor sehingga wujud CRS

 

Support and Resistance (SNR) terdekat

Ok lihat screenshot di bawah di mana kedudukan line SNR dalam chart EURUSD ni

Jika dilihat pada screenshot di atas line SNR terdekat pada minor SNR line dash warna purple.

Jadi setkan TP anda pada line SNR yang terdekat dan anda perhatikan setelah PO Buy Stop anda telah trigger price terus menuju ke line SNR yang paling hampir dan close pada line tersebut.

So, TP anda telah disentuh. Kira-kira anda telah mendapat profit dalam 30 pips! :)

 

Monitor sehingga wujud CRS

Kalau anda rajin nak monitor, tunggu dan lihat di mana wujudnya CRS. Lihat di bawah

Anda dapat lihat CRS Shooting Star telah wujud di line SNR..tanda2 perubahan arah akan berlaku.

Jangan tunggu lama2 close jer postion anda. Profit yang anda perolehi sehingga wujud CRS dalam 30 pips. Senang2 jer dapat 30 pips sekali trade kan? :)

 

Ok setakat ni sahaja cara untuk kita trade menggunakan teknik Sideway Breakout. Sekarang anda kaji pula jika wujud sideway bila market downtrend pula. Kira macam homework untuk anda la ni :)

Amalkan study menggunakan backtest untuk memantapkan pemahaman anda