Support and Resistance Breakout Lessons

Support and Resistance Breakout – Terjadi apabila price memecah garisan support dan resistance

Secara asasnya line SNR yang dilukis pada TF yang besar lebih berkesan dan tepat. Saya sarankan anda lukis line SNR ini di TF Daily sebagai major SNR dan di TF H4 sebagai minor SNR.

NOTA: Bezakan line2 SNR untuk setiap TF dengan menukar warna atau style

Untuk menggunakan teknik ini pastikan arah trend terlebih dahulu..Sekiranya uptrend kita hanya monitor breakout pada garisan resistance sahaja dan sekiranya downtrend kita monitor breakout pada garisan support sahaja.

 

Seperti biasa, untuk memastikan valid atau tidak sesuatu breakout anda perlu patuhi 2 syarat ni:

  1. Body candlestick yang break line SNR dan bukannya candlestick shadow
  2. Membentuk sekurang-kuranya 2-3 pushback/pullback momentum candlestick

 

Ok sekarang jom kita lihat contoh2 SNR breakout. Di bawah ni breakout yang dilihat pada TF Daily di mana trend sekarang adalah Downtrend.

TF Daily

Line biru adalah major SNR di mana saya telah lukis di TF Daily dan line dash purple ni minor SNR yang telah saya lukiskan di TF H4.

Perhatikan syarat pertama iaitu  ‘Body candlestick yang break line SNR dan bukannya candlestick shadow‘ telah dipenuhi..So, PASS! :)

 

Di mana kita nak tengok syarat yang kedua wujud atau tidak?..

Ok..sekiranya anda lihat breakout di atas terjadi di TF Daily..untuk lihat syarat kedua buka TF dibawahnya iaitu TF H4.

TF H4

Selepas breakout berlaku..kita perlu tunggu syarat yang kedua iaitu ‘Membentuk sekurang-kuranya 2-3 pushback/pullback momentum candlestick‘ wujud atau tidak.

Lihat 2 CS yang membentuk pushback momentum. So selepas CS ini terbentuk maka kita bolehlah setkan PO Sell di 5 pips di bawah CS terendah dan Stop Loss di 5 pips dia atas CS tertinggi.

 

Setelah PO dan SL telah diletakkan, di mana untuk anda target Take Profit? Ok, terdapat 2 cara untuk anda setkan TP anda.

Cara letakkan Take Profit (TP)

Terdapat 2 cara untuk meletakkan TP:

  1. Support and Resistance (SNR) terdekat
  2. Monitor sehingga wujud CRS

 

Support and Resistance (SNR) terdekat

Ok sekarang anda lihat screenshot di bawah

Jika dilihat line SNR terdekat adalah pada line biru Major SNR tetapi jika diperhatikan price sekali lagi telah break line SNR major tersebut dan CS tidah membentuk tanda Candlestick Reversal Signal (CRS). Jadi anda boleh setkan TP di line Minor SNR yang terdekat.

 

Monitor sehingga wujud CRS

Jika anda fulltime trader..anda boleh monitor pergerakan price sehingga wujudnya bentuk2 CRS..lihat contoh di bawah

Setelah price break line major SNR tanda2 price melemah. Kebiasaanya ia akan mencari line SNR yang telah dipecahkan sebelum ini. Jika dilihat dari screenshot di atas CRS inverted hammer telah wujud. Jadi anda bolehlah close position sell anda di sini.

Jika anda perasan, pergerakan price di atas tidak stabil. Ini kerana screenshot ini dibuat pada bulan December. Kebiasaanya pada bulan ini price tidak menentu :)

Ok setakat ini sahaja pembelajaran kita mengenai  Support and Resistance Breakout. Saya harap anda terus mengkaji teknik ini untuk uptrend pula..

Amalkan study menggunakan backtest untuk memantapkan pemahaman anda