Tips Untuk Menjadi Part Time Trader

images

 

Salam kepada semua pengunjung blog itradernet.com ini. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan anda.

Ok post kali ini saya ingin bincangkan tentang bagaimana untuk menjadi part-time trader.

Ramai yang jumpa dan belajar dengan saya kemudian berhenti trade…Rata-ratanya mereka masih lagi dalam golongan ‘makan gaji’ (bekerja).

Alhamdulillah mereka masih lagi mempunyai semangat untuk belajar..tahniah! :)

Masalah utama bagi mereka yang bekerja untuk trade ialah kekangan masa..betul tak?

Ok…di sini saya akan ajar anda satu teknik yang boleh anda gunakan untuk menjadi part time trader.

Untuk menjadi part time trader TF yang perlu digunakan sebagai monitor chart ialah TF Daily.

Kenapa TF Daily?…anda hanya perlu buka chart sekali atau 2 kali sehari sahaja.

First skali sampai saja ofis on computer/laptop buka chart. Lihat sekiranya ada peluang untuk entry.

Teknik yang digunakan ialah teknik CRS dan dibantu dengan line trendline,support dan resistant.

(Sekiranya anda tidak tahu mengenai CRS sila rujuk DI SINI)

1. Pastikan trend semasa

Buka chart dan check trend pada pair yang anda ingin trade. Sekiranya tak pasti trend lihat pada pair yang lain.

Screen Shot 06-17-14 at 11

 

Lihat contoh dia atas…pastikan trend terlebih dahulu dan contoh ini ialah uptrend dan wujud CRS hammer mungkin pada masa ini anda terlepas untuk trade kerana untuk mendapat kepastian trend tapi tak mengapa anda boleh tunggu peluang kedua.

6 hari berikutnya wujud lagi CRS hammer pada masa ini anda dah boleh entry buy.

 

2. Cara entry position

Cara untuk entry seperti berikut

Screen Shot 06-17-14 at 11.49 PM

 

Anda lihat High: 0.90513..so anda boleh set PO  ‘buy stop’ pada 0.90500 genapkan dan untuk setkan ‘stop loss’ pada Low: 0.89948 atau genapkan pada 0.89900 @ 0.90000. Tp anda boleh setkan 100 pips.

 

3. Monitor

Sekiranya PO anda telah aktif anda boleh monitor pada malam hari. Sekiranya anda menggunakan smartphone ia satu kelebihan kepada anda untuk monitor di mana saja. Anda boleh download ‘Metatrader 4′ di Play Store untuk android..buat masa ni untuk iproduct tiada apps ini di Appstore

Tujuan monitor ini ialah sekiranya position anda floating untung 30-50 pips anda boleh setkan ‘stop loss’ pada BE+1 @ 3. Kebiasaanya saya setkan BE+3.

Sebagai contoh, anda telah setkan ‘stop loss’ di 0.89900 sebelum ini. Setelah floating +ve sehingga 30-40 pips anda setkan ‘stop loss’ baru anda 3 pips di atas entry ‘buy’.

Jika lihat contoh di atas entry anda pada 0.90500..so, ‘stop loss’ baru anda ialah 0.90530.

Tujuannya…ialah selepas anda setkan ‘stop loss’ baru anda tidak perlu lagi monitor selalu. Sekiranya market follow trend anda boleh mencecah 100 pips TP yang telah anda setkan dan sekiranya market berlawanan trend sekurang2nya anda masih lagi boleh profit 3 pips daripada loss betul tak?

Kebiasaanya untuk mencapai TP 100 pips memakan masa 2-3 hari dan kadang seminggu tapi anda juga memakan masa sehari sahaja..bergantung pada pair yang anda trade samada aktif atau tidak.

 

Ok itu saja untuk post saya pada kali ini dan sekarang pun dah pukul 12.30am. Saya harap tips ini dapat membantu anda menjadi seorang part time trader yang berjaya…InsyaAllah..