Trading Technique

Salam kepada pengunjung blog Ilham Trader Network.

Sepanjang pengenalan saya di dalam perniagaan forex ini perlbgai teknik yang telah saya pelajari.

Pada peringkat awal, bermacam2 indicator yang saya masukkan di dalam chart..memang meriah la chart saya dengan pelbagai warna dengan beranggapan semakin complicated chart..semakin terer dalam memahami forex. Mungkin ada di antara anda seperti saya :)

Rupa-rupanya pandangan saya salah tentang itu..semakin banyak indicator semakin pening dan keliru untuk buat keputusan samada SELL atau BUY. Jika ada 10 indicator dalam chart dan hanya 3 indicator yang tunjuk sesuatu price bullish/bearish apakah keputusan anda?..Nak tunggu kesemua indicator tunjuk bullish/bearish?..alamatnya tak trade lah anda pada hari itu :)

Jadi saya cuba sesuatu yang baru..belajar naked trading iaitu hanya menggunakan tools yang asas seperti trendline dan SNR sahaja. Chart saya pun tak semak :) tetapi masalah yang timbul..setelah line2 ni saya lukis, apa yang perlu saya tengok?..

Jawapannya…saya kena cari guru untuk belajar. Time tu nak cari orang yang pandai forex ni susah yang ada pun dalam internet bernilai beribu2 ringgit masa tu. Mana saya mampu?..

Alhamdulillah setelah diperkenalkan oleh seorang sahabat saya jumpa seorang hamba Allah yang sudi mengajar saya tentang forex dengan menggunakan tools asas tadi iaitu trendline dan SNR cuma tambahannya ialah line fibonacci untuk tentukan di mana perlu letakkan pending order. Pakcik tu pesan…

 “Untuk mahir dalam forex, bukannya teknik yang diajar…tetapi latihan demi latihan ..”

Kalau dalam english maksud pakcik ni ‘practice makes perfect’ :)

Sejak dari itu saya practice apa yang pakcik ni ajar. Dalam masa yang sama saya still juga mencari ilmu2 naked trading yang lain tetapi still berbalik kepada perkara asas iaitu ‘practice makes perfect’ :)

Semakin banyak belajar semakin mudah untuk kita memahami pergerakan price.

Teknik Yang Saya Gunakan

Jika anda tanya teknik apa yang saya gunakan dalam trading.. Jawapan saya ialah kesemua yang telah saya pelajari. Kenapa saya tak gunakan satu teknik je?

Jika saya gunakan teknik untuk trade perlu tunggu price retrace ke line fibo 23.6 atau 38.2..sekiranya price tidak retrace ke line tersebut bila saya nak trade?..andaikata seminggu price tak retrace, bermakna seminggu saya tak trade..itu sesuatu yang merugikan :)

Dalam trading saya banyak menggunakan teknik breakout sebab teknik breakout ni boleh wujud di mana2 dengan mudah untuk kita lihat. Sekiranya teknik fibonacci wujud ia satu bonus kepada saya.

December saya tak banyak trade forex sebab pergerakan price tak menentu

Di blog ini dan juga di group FB Ilham Trader Network saya banyak mengajar teknik breakout ni..pelbagai breakout yang telah saya kaji dan kebiasaanya saya gunakan breakout pada line SNR, trendline, sideways dan juga triangle pattern.

Kesimpulan

Siap ada kesimpulan tu… :) apapun teknik yang anda belajar, kemahiran dalam menguasai sesuatu teknik amat penting sebelum belajar teknik yang lain..bagaimana nak menguasai sesuatu teknik tu..berbalik kepada basic..

practice makes perfect’ :)’

Ok..setakat ni je la nukilan saya pada pukul 4.06am ni :) jika anda ada pertanyaan jangan malu2 boleh contact saya melalui form ‘Hubungi Kami’ kat atas tu dan anda boleh juga join group FB Ilham Trader Network DI SINI.