Asas ForexLatest

Apa Perkara Pertama Yang Perlu Kita Lihat Sebelum Trade

Ok, jom kita masuk perkara pertama sebelum kita masuk trade.

Mana-mana pair yang kita nak trade perkara pertama kita perlu lihat pada trend pair tersebut. Trend ni penting untuk kita set mind kita sama buka position Buy or Sell. Jangan sesekali lawan trend!.

Player kecil macam kita ni jangan sesekali lawan trend. Kita follow je trend semasa.

Trend ini terbahagi kepada 2 jenis.

  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Sideways Trend

1.

  1. Uptrend: Ialah trend market dalam keadaan menaik. Sesetengah player panggil Bullish. Untuk uptrend ni kita kena set mind untuk buka position Buy sahaja. Ini adalah contoh market sedang uptrend.

 

2. Downtrend: Downtrend trend pula ialah trend market dalam keadaan menurun atau sesetengah player panggil Bearish. So untuk Downtrend ni pula kita kena set mind untuk buka position Sell sahaja. Di bawah adalah contoh market di dalan trend downtrend.

3. Sideways Trend: Sideways trend ni adalah pergerakan turun naik di dalam julat yang kecil. Saya nasihatkan ketika trend sideways ini berlaku elakkan buka position buy atau sell sebab semakin lama sideways ini berlaku semakin besar breakout juga akan berlaku. Lihat contoh sideways trend di bawah

Contoh sideways trend. Pergerakan berlaku dalam julat yang kecil dan lihat screenshot di bawah breakout berlaku selepas sideways trend.

So, better elakkan buka position semasa sideways dan buka position selepas breakout berlaku tetapi sentiasa follow trend 1 dan 2 di atas ye.

Lepas ni saya akan terangkan apa itu Support & Resistance saya akan skip penerangan tentang Higher High (HH), Higher Low (HL), Lower High (LH) dan Lower Low (LL) sebab ia berkaitan dengan Support & Resistance.