Advace Trade

Cara Mengenal Market Maker, Big Trader, International Trader

Sebelum ini saya ada kongsikan video Market Maker & Big Trader Trade.

Pernah tak korang terfikir bagaimana market forex ini bergerak. Sudah pasti jawapannya ialah dari kekuatan buyer atau seller kan?

Soalan kedua, pernah tak korang jumpa market sebegini yang menelan stop loss anda?

Adakah ini menunjukkan kekuatan buyer terlampau kuat sehingga candlestick mencanak naik?

Sebenarnya setiap pergerakan market telah ditentukan oleh Market Maker, Big Trader, International Trader dan lain-lain. Mereka bukannya bank-bank, broker atau sebagainya. Bank-bank, broker dan sebagainya di bawah mereka.

Jom kita lihat contoh di bawah bagaimana mereka menentukan arah market.

Di atas adalah contoh mereka memanipulasi market untuk menjadi downtrend. Setiap kotak hijau di atas di mana mereka masuk ke market dan di dalam kotak hijau ini pergerakan candlestick terlalu besar sehingga memakan stop loss dari buyer atau seller retail trader seluruh dunia, Kebiasaannya yang terkena stop loss ini dari mereka yang mengamalkan teknik support dan resistance, RBS, SBR, breakout dan sebagainya, Saya tahu sebab sebelum ini saya juga retail trader macam anda. Jom kita lihat contoh di bawah pula.

Di atas pula bagaimana mereka push market ke uptrend. Setiap kotak hijau ini mempunyai pergerakan candlestick yang terlalu besar. Setiap dari pergerakan ini mereka mencari stop loss untuk dijadikan liquidity sebelum mereka masuk position mereka.

So soalan sekarang macamana kita nak masuk position? Jawapan orang lama akan berbunyi macam ni “follow trend, jangan sesekali lawan trend” kan?

Sebenarnya kita boleh masuk position bersama mereka, Lebih-lebih lagi kita sebagai retail trader kita tahu di mana nak letakkan position dan stop loss, Jangan risau bukan kita je berfikiran seperti ini, ramai lagi retail trader seluruh dunia berfikir cara yang sama.

So, dari stop loss yang kita set, Market Maker, Big Trader, International Trader dan lain-lain akan membuat pergerakan untuk menelan stop loss kita. So, sama sahaja kan?

So, macamana kita nak trade bersama Market Maker, Big Trader, International Trader dan lain-lain ni?

Kita akan sambung kemudian. Kemungkinan saya akan buat video untuk pemahaman yang mendalam bagaimana cara kita trade,