Cara Trade

CARA TRADE MENGGUNAKAN TEKNIK PS CANDLESTICK DIGABUNGKAN DENGAN SUPPLY AND DEMAND TECHNIQUE

Sekarang ni jom kita masuk dalam bab cara-cara untuk trade. Rasanya ramai yang nak tahu bagaimana cara-cara trade.

Ok dalam bab ni kita akan belajar trade dengan menggunakan teknik Candlestick di Period Separators digabungkan dengan teknik Supply and Demand.

Untuk apply teknik ni ada beberapa syarat iaitu:

  • Pastikan trend semasa terlebih dahulu. Anda boleh lihat di post saya “Apa Perkara Pertama Yang Perlu Kita Lihat Sebelum Trade“.
  • Buat line atau kotak pada candlestick yang terbentuk di line Period Separators dari shadow to shadow.
  • Perhatikan breakout di line tersebut. Make sure candlestick 1 breakout dengan body.
  • Perhatikan candlestick 2 selepas breakout membentuk candlestick yang sama dengan candlestick 1 (bullish candlestick/bearish candlestick).
  • Setelah candlestick 2 terbentuk, pergi ke TF yang lebih kecil untuk mencari base area di Supply and Demand. Sekiranya downtrend cari Supply Zone dan sekiranya uptrend cari Demand Zone.
  • Sekiranya tidak jumpa base cari di TF yang lebih kecil.

Berikut contoh cara lukis teknik ni.

Sekarang jom kita lihat bentuknya di chart untuk contoh Uptrend.

Kat sini saya ada sediakan video penerangan untuk teknik ini. Harap dapat membantu.