Trade Dengan 2 Candlestick Breaker (Base)

Rizal Ahmad Avatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua/

Ramai di antara kita memahami bahawa satu candlestick yang memecahkan sesuatu opposite candlestick adalah BASE seperti yang telah saya terangkan sebelum ini di dalam post Supply and Demand (SnD).

Adakah anda tahu Base juga boleh dipecahkan oleh 2 candlestick? Jom kita kenal bagaimana rupa bentuknya.

Sekarang kita lihat apa kesannya di dalam market. Anda boleh lihat chart di bawah.

Untuk contoh ini saya telah tandakan Base dan juga saya tandakan kotak biru sebagai Demand Zone.

Apabila price return ke dalam Demand Zone ia beriaksi membuat rejection. Apa bila signal ini keluar, kita dah boleh masuk position Buy.

Dengan Ratio 1:2 dengan mudah kita mendapat profit. Ini chart TF Daily dengan profit sebanyak 1,061 PIPS!

Rizal Ahmad Avatar