Macamana Nak Trade Breakout Strategy? (Support and Resistance)

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Post kali ni saya nak ceritakan bagaimana nak trade menggunakan teknik Breakout Strategy.

Apa maksud dengan trade Teknik Breakout Strategy ini?

Breakout yang dimaksudkan di sini ialah apabila Support atau Resistance telah di pecahkan (break). Kebiasaannya price akan meneruskan perjalanan trend di area mana yang ia telah break.

Contoh; jika ia break Resistance, ia akan meneruskan perjalanan ke atas. Jika ia break Support, ia akan meneruskan perjalan ke bawah.

Walaupun ia nampak simple, tetapi ‘False Breakout’ selalu terjadi di mana Market Maker akan mengutip likuiditi stop loss retail trader untuk mereka menggerakkan market. Support and Resistance breakout terbahagi kepada 2:

Bullish Breakout
Bearish Breakout

Lihat ilustrasi Breakout di bawah.

Dalam cara trade ini kita berbicara tentang Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR). JIka anda lupa tentang topik ini anda boleh KLIK LINK ini.

Sekarang mari kita lihat tentang topik ini di dalam chart.

Ramai trader menggemari trade menggunakan teknik Breakout ini. Tidak kira samada mereka trade menggunakan Support and Resistance ataupun Supply and Demand.

So, untuk kali ini saya akan ajarkan bagaimana trade menggunakan Teknik Breakout ini.

Rizal Ahmad