Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.
Kebanyakan dari kita amat suka teknik-teknik yang lebih advance seperti Supply and Demand, ICT dan sebagainya. Sedangkan teknik asas seperti Support and Resistance anda belum kuasai terlebih dahulu. Support and Resistance adalah suatu teknik yang penting dalam membuat analisis.
Walaupun ia asas, jika anda mahir anda sudah boleh trade menggunakan Support and Resistance ni. Ramai trader di luar menggunakan teknik ini sebagai cara untuk mereka trade. Saya tak kata hanya di Malaysia sahaja, di luar negara pun ada trader menggunakan teknik ini menggandakan duit dia dari modal $100 hingga ke $1,000,000 dalam masa hampir 11 bulan!
Saya masa tahun 2011 sehingga 2018, saya menggunakan Support and Resistance sebagai cara trade. Sekarang saya masih menggunakan Support and Resistance tetapi saya gabungkan dengan Supply and Demand.
“Support and Resistance are effects, and Supply and Demand are the causes.”
Maksudnya Support and Resistance adalah efek. Setiap pergerakan price pergi ke area Support ia akan berhenti atau melantun semula. Begitu juga apa bila price pergi ke area Resistance ia akan berhanti atau melantun ke bawah semula. Ia ibarat Support ini seperti lantai dan Resistance seperti Siling.

Tapi KENAPA price beriaksi di area Support and Resistance?…Cuba anda teka.
Sebabnya adalah wujudnya Supply and Demand di dalam market. Ok, untuk post ini kita cuma fokus kepada Support and Resistance sahaja.
Support and Resistance bukan hanya line ia adalah berkaitan dengan area.
Macamana nak cari Support and Resistance?
Saya tunjukkan candlestick chart di bawah.

Berpandukan candlestick chart di atas, anda dapat tak cari di mana Support and Resistance. Bagi anda yang sudah mahir, anda dapat lihat di mana lokasi Support and Resistance ini tetapi bagi yang baru mula dalam trading mungkin tidak dapat lihat dengan jelas lokasi Support and Resistance.
Sekarang kita akan tukar chart di atas ke line chart.

Pada line chart di atas anda boleh lihat pergerakan price. Line chart ini menandakan close price setiap pergerakan price.
Sekarang anda tandakan pergerakan price yang mengubah trend dengan jelas menggunakan line Support and Resistance seperti di atas. Saya rasa anda sudah dapat memahami cara mencari Support and Resistance dengan jelas sekarang.
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, Support and Resistance bukan sekadar line ialah adalah area. Jom sekarang kita buka candlestick chart semula dan lihat lokasi Support and Resistance yang telah anda tandakan.

Sekarang anda dapat lihat di mana Support and Resistance yang telah anda tandakan sebelum ni. INGAT, Support and Resistance bukanlah sekadar line, ia adalah area.

Sekarang anda gunakan tools rectangle untuk mark area Support and Resistance. Di bawah tips untuk lukis area ini.
- Support Area – Bermula dari body candlestick hingga ke shadow yang paling bawah
- Resistance Area – Bermula dari body candlestick hingga ke shadow yang paling tinggi
Ok ini adalah penjelasan untuk mengenal Support and Resistance secara asas. Post berikutnya kita akan pergi ke bahagian sedikit advance.