Cara Trade Yang Paling Saya Suka

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan sala sejahtera semua.

‘Cara Trade Forex Yang Paling Saya Suka’.

Cara trade ni dia rilek sikit..so, saya sarankan anda fokus sikit jika anda nak profit.

Saya gunakan teknik breakout strategy Role Reversal dan Swap Zone

Lihat chart di bawah.

Pada chart di atas saya menggunakan teknik SMC, apabila price break previous low kita sudah boleh tandakan Change of Character (CHoCH). Ada yang panggil ia sebagai Structure Breaker.

Sebelum SMC ni wujud, pada tahun 2011 saya hanya menggunakan line sahaja untuk mark perubahan trend. Untuk sekarang saya lebih selesa menggunakan Change of Character (CHoCH) sebab dia ada nama dan senang nak tanda.

Ok, step seterusnya kita akan tandakan Support and Resistance dan Supply and Demand pada time frame H4.

Pada chart di atas saya tandakan Support area dan berkemungkinan ia akan jadi Resistance (Support Become Resistance) setelah bprice break the area. Saya juga tandakan Demand zone pada asalnya dan sekiranya price return ke zone tersebut dan membuat rejection, ia akan bertukar menjadi Swap zone.

Supply and Demand amat penting bagi menguatkan confirmation pergerakan price.

PERINGATAN: Price tidak semestinya akan kembali kepada Support area yang telah di break, kadang-kadang ia akan return pada area Resistance dan Support sebelumnya.

Sekarang kita tukar chart ke time frame H1.

Dalam time frame ini kita cuma monitor pergerakan price dan untuk buka position. Anda boleh juga guna chart time frame M30, M15 atau M5. Bagi saya lebih selesa menggunakan time frame H1.

Price telah buat rejection beberapa kali apabila memasuki area Support dan Demand zone. Setelah kita dapat clear rejection baru kita boleh buka position Sell.

Saya buka position Sell pada harga close candlestick dengan SL saya letakkan beberapa pips di atas Demand zone dan TP pula saya sarankan and menggunakan ratio 1:2.

Alhamdulillah akhirnya price telah hit TP kita tadi.

Sekarang mari kita lihat contoh lain dalam video di bawah.

Belajar Support and Resistance untuk trade Forex atau Saham

Dapatkan eBook The Support and Resistance – Profit System dengan Harga LAUNCHING SEKARANG!

Rizal Ahmad