,

Macamana Nak Cari dan Tanda Support and Resistance ni?

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Bagi orang yang dah biasa menggunakan candlestick chart, mereka boleh melukiskan area Support and Resistance menggunakan chart tersebut.

Tetapi untuk mereka yang baru mengetahui atau mempelajari Support and Resistance ni saya akan ajarkan menggunakan line chart terlebih dahulu.

Sekarang kita akan buka candlestick chart terlebih dahulu.

Dalam candlestick chart ni secara kasar kita dapat melihat di mana kedudukan Support and Resistance.

Untuk pembelajaran sekarang kita akan gunakan line chart untuk mencari Support and Resistance.

Saya tukar candlestick chart kepada line chart.

Dalam line chat ni kita akan tandakan bucu-bucu yang membuat pergerakan besar sahaja. Anda boleh lihat chart di bawah, saya tandakan Resistance terlebih dahulu.

Resistance kebiasaannya terletak pada bahagian atas. Setelah kita tandakan Resistance, kita tandakan pula Support.

Support pula kebiasaannya terletak pada bahagian bawah.

Sekarang kita tukar pula chart ini ke candlestick chart dan lihat di mana kita dah tandakan Support and Resistance dalam line chart ini.

Ini adalah tempat-tempat yang telah kita tandakan Support and Resistance di dalam candlestick chart.

PERINGATAN:

Support and Resistance bukan sekadar line, ia adalah area.

Untuk menandakan area Support and Resistance ia bermula dari body candlestick hingga shadow tertinggi bagi Resistance dan shadow terendah bagi Support.

Lihat contoh di bawah.

Jika anda lihat ada sebahagian area tidak ditandakan Support atau Resistance kerana kotaknya terlalu kecil dan jika kita lihat ada 1 Support saya hanya letakkan line sebab ia tidak mempunyai shadow.

Lihat video di bawah untuk lebih detail.

Belajar Support and Resistance untuk trade Forex atau Saham

Dapatkan eBook The Support and Resistance – Profit System dengan Harga LAUNCHING SEKARANG!

Tagged in :

Rizal Ahmad