DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Asssalamualaikum dan salam sejahtera trader semua.
Ramai yang tanya pada saya apa strategy yang saya gunakan untuk trade. Kemudian ada yang tanya kalau mereka gunakan strategy saya boleh ke?
Soalan ini sebenarnya agak subjective. Ia bergantung kepada perkara-perkara berikut.
- Personality
- Kewangan atau modal
- Masa
- Part Time atau Full Time
- Time frame
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan dalam mencari strategy yang sesuai.
Kebiasaannya seorang trader yang baru mempunyai pelbagai strategy sampai kadang-kadang confius nak guna strategy yang mana dan ada juga kadang-kadang terlepas nak masuk setup entry.
Bukan saya kata tak bagus mempunyai pelbagai strategy, anda kena cari yang mana sesuai untuk anda sebagai contoh waktu anda bekerja, bila masa yang sesuai untuk trade.
Apa personality anda? Jika anda seorang yang suka pada stress, anda boleh jadi scalper atau untuk tenang sikit anda boleh jadi intraday trader atau mungkin anda boleh jadi swing trader.

Saya jenis yang tak suka menghadap chart lama-lama seperti dulu. Saya seorang fulltime trader tak kira samada saham atau forex.
Betul!..dulu memang saya banyak strategy seperti anda juga. So, bila banyak strategy lagi banyak kita akan tengok chart kan? Saya tak suka chart memerangkap masa dan hidup saya depan screen.
Sekarang ni sebenarnya saya guna maksimum 3 strategies je, kebiasaannya 2 strategies je yang selalu keluar. Saya gunakan strategy ni dalam saham dan juga forex.
Monitor chart saya pada time frame 4 hours. So maknanya saya tengok chart 4 jam sekali kan?
Tak sebenarnya.. 🙂
Saya gunakan TradingView sebagai analysis chart, saya akan set alarm di area atau zone jangkaan saya. So, bila alarm berbunyi dalam handphone atau ipad, saya akan buka chart tengok reaction candlestick ketika menghampiri zone tersebut.
Close candlestick 4 hours saya kan tukar ke time frame 1 hour jika reaction ada berlaku pada candlestick 4 hours. Time frame 1 hour dan M15 adalah tempat saya setkan position berdasarkan market structure, CRS, SNR dan SND.
Kesimpulannya, kita tak perlu stick dengan banyak strategy. Jika anda dah lama dalam trading anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan.
Kita perlu cari strategy apa yang kurang risiko dan anggaran untuk profit yang tinggi. Ini bukannya saya cerita untuk forex sahaja ye..saham pun termasuk sekali saya menggunakan strategies ni yang penting ia sesuai dengan diri kita.