DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Journey Seorang Trader: Belajar Dari Kesilapan Untuk Jadi Trader Hebat
Assalamualaikum dan salam sejahtera trader.
Dalam dunia trading tidak kira market saham atau forex, setiap orang mempunyai perjalanan masing-masing. Setiap gunung dan lembah menjadi pengalaman sebagai trader.
Kadang-kadang naik semula ke gunung jatuh sekali lagi ke dalam lembah. Itu adalah saya suatu ketika dahulu 🙂
Ramai yang hampir berputus asa tapi apa yang pasti setiap kegagalan adalah guru yang paling baik dan lebih mudah kita faham dalam dunia trading ni.
Jika anda perasan ramai yang melangkah memasuki dunia trading dengan impian untuk menjadi kaya, mempunyai kebebasan masa, boleh bekerja di mana sahaja dan hidup tanpa tekanan. Realitinya trading bukan jalan yang singkat untuk kaya. Ia adalah perjalanan yang panjang dan penuh dengan ujian.
Semangat Nak Profit Cepat
Masa saya newbie kali pertama dulu nampak trading ni mudah. Kalau price naik kita BUY dan kalau price turun kita SELL. Simple kan? 😀
Deposit je rasa macam tengah beli tiket untuk KAYA CEPAT.
Masa tu dah rasa macam cukup ilmu. Kena pulak datang ‘Berginner’s Luck’. Asal trade je profit..asal trade je profit. Ok, cantik memang cepat kaya kalau macam ni.
Tengah rasa seronok tetiba market libas kita. Muka dah macam takde darah bila kena libas.
Apa salah aku?..aku rasa sama je macam aku trade sebelum ni. Sampai la akaun saya MC kali pertama.
Bila saya kaji semula apa masalah saya dan saya tahu yang saya tak cukup ilmu dengan kata lain takde ilmu sebenarnya.
Mencari Ilmu Trading
Ketika itu (2010) untuk mencari guru di Malaysia amatlah susah. Bukan takde tapi kita tak kenal pun. Macam mana nak cari cikgu kalau kenal pun tidak kan?
Sehingga saya jumpa seorang guru di luar negara. Nama cikgu pertama saya ialah Hector.
Dia orang yang pertama suruh saya buang semua indicator dan kenalkan saya dengan ‘clean chart’. Cikgu saya inilah yang mengajar saya tentang Support and Resistance (ketika itu Supply and Demand tidak wujud lagi).
Segala detail dengan market trend dan ilmu membaca candlestick semua beliau ajar.
Setelah tamat kursus dengan beliau, saya sudah mula menguasai ilmu tentang Support and Resistance dan akhirnya saya mula mendapat profit walaupun hanya beberatus dollar tetapi sekurang-kurangnya saya sudah menjadi profitable trader tetapi tidaklah kaya.
Pengalaman yang saya dapat ialah belajar dari kesilapan trading sebelum ini untuk jadi seorang trader forex.
Pada tahun 2012 seorang trader Malaysia namanya Cikgu Khalid Hamid telah keluarkan ebook pertama tentang forex dalam bahasa Melayu dan saya salah seorang pembeli ebook beliau.
Ilmu yang diajar sama dengan ilmu daripada cikgu pertama saya Hector iaitu tentang Support and Resistance tetapi setiap cikgu walaupun tentang tajuk yang sama tapi pandangan mereka berbeza.
Cikgu Khalid Hamid adalah cikgu kedua saya dan saya pun memiliki buku beliau sekarang.
Cikgu ketiga saya ialah Cikgu Hanzo yang mengajar saya tentang Supply and Demand dalam trading. Beliau seorang trader Supply and Demand.
Saya tahu Cikgu Khalid Hamid dan Ckgu Hanzo tak kenal pun saya sebagai murid mereka 😀
Dalam trading ini ilmu tu bukan pilihan ia sebenarnya satu keperluan.

Disiplin & Konsistensi
Ramai yang boleh profit seeminggu dua tetapi berapa ramai yang boleh konsisten profit selama berbulan atau bertahun.
Ini ialah fasa mebezakan kita seorang trader biasa atau trader hebat.
Saya pernah menjadi newbie kali kedua iaitu pada tahun 2021. Ketika itu selepas saya buat operation di kepala segala memori saya hilang sepenuhnya dan segala ilmu trading pun hilang dan saya tak tahu pun saya pernah menjadi trader yang hebat.
Suatu hari saya tanya wife saya apa saya nak buat. Nak kerja site badan dah tak mampu.
Wife saya cakap “bukan sebelum ni trade forex ke?”.
Saya terkejut!..ye ke saya pernah trade?
Suatu hari saya buka FB buka video dan photo dalam tu sebab cuba untuk dapat memori semula. Masa saya scroll tu saya jumpa screenshot profit bulan June $10,000.00 lebih! Saya check nama kat atas, betul nama saya Muhammad Rizal Ahmad.
Saya scroll lagi ke bawah dan lihat banyak lagi profit bulanan saya. Bermakna satu ketika dahulu saya seorang trader yang hebat!
Bila hilang ingatan tentang trading, saya belajar semula bermula dari Support and Resistance hingga ke Supply and Demand. Alhamdulillah semasa saya belajar, Allah masukkan sikit demi sikit ilmu-ilmu lama dan newbie saya kali kedua agak cepat.
Macamana Saya Belajar
Saya belajar melalui cikgu-cikgu saya dan kemudian saya trade. Banyak mistakes yang saya buat dan kadang-kadang saya ulang mistakes yang sama.
Saya rasa macam bodoh sangat buat mistakes sama. Jadi saya start buat nota trading journal untuk analisis dan mark mistakes dan action apa nak buat supaya mistakes tu tak berulang. (Kalau nak Trading Journal secara PERCUMA klik SINI)
Daripada mistakes inilah yang menjadi Guru saya paling HEBAT sebab ia adalah jalan ringkas untuk saya menjadi trader semula.
Oklah cukup la sampai di sini. Ini nasihat saya