| DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua traders.
Sebelum ini saya ada post satu artikel bertajuk ‘Apa Itu Supply dan Demand Dalam Trading?‘ Setelah kita faham Supply and Demand secara umum, sekarang kita akan lihat bagaimana konsep Supply and Demand ini berfungsi dalam market sebenar. Untuk artikel ini saya akan terangkan tentang konsep Supply and Demand dalam market forex.
Ramai trader terlepas pandang bahawa setiap pergerakan harga turun atau naik disebabkan ‘imbalance’ atau ketidakseimbangan di antara Supply dan juga Demand.
Jika kita faham konsep ni, kita akan nampak structure market sebenar disebalik setiap pergerakan candlestick.
Apa Maksud ‘Imbalance’ Ketidakseimbangan Dalam Market?
Dalam dunia ekonomi, Supply bermaksud jumlah barang atau aset yang ditawarkan di dalam market manakala Demand pula bermaksud permintaan terhadap barang atau ase tersebut. Kesimpulannya:
- Bila Demand lebih tinggi daripada Supply – harga akan naik
- Bila Supply lebih tinggi dari Demand – harga akan jatuh
lihat ilustrasi di bawah untuk lebih kefahaman tentang ‘imbalance’ atau ketidakseimbangan dalam market.

Ketika harga tinggi Demand akan berkurangan dan Demand juga akan tinggi sekiranya harga menurun atau jatuh. Demand ini berkaitan kepada pengguna atau end user seperti kita.
Lihat ilustrasi Supply pula.

Supply pula akan kurang jika harga rendah dan akan meningkat pengeluarannya ketika harga sesuatu aset atau barang naik. Supply ini berkaitan dengan pengeluar sesuatu aset atau barang.

Dalam market forex, ini dipanggil ‘Imbalance‘ di mana terdapat jumlah buyer dan seller berada di sesuatu kawasan harga. Imbalance inilah yang menyebabkan sesuatu pergerakan harga berlaku dengan tiba-tiba.
Siapa Sebenarnya Yang Menggerakkan Market?
Hakikatnya bukan trader-trader kecil seluruh dunia berpakat untuk naik atau menurunkan harga di dalam market.
Pergerakan besar ini sebenarnya datang dari institusi kewangan yang besar. Contohnya:
- Bank utama dunia – contohnya, CitiBank, JP Morgan, HSBC3
- Hedge fund dan pelabur yang mempunyai kewangan yang besar
- Bank pusat dan korporat global
Saya gelarkan mereka ialah sebagai BIG TRADER. Mereka ini mempunyai modal berbilion dollar. Mereka mampu menggerakkan harga ke kawasan mana yang mereka inginkan. Dengan pergerakan harga ini mereka akan mengutip liquidity/stop loss retail trader sebelum mereka menggerakkan market.
Walaubagaimana pun mereka tidak boleh masuk sekali gus, mereka perlu mencipta kawasan atau dipanggil ‘Base‘ untuk mengisis order sedikit-sedikit sebelum menggerakkan harga.
Kawasan ini dipanggilL
- Supply Zone – tempat institusi mula menjual dengan volume yang besar
- Demand Zone – tempat institusi mula membeli dengan volume yang besar
Bagaimana Kawasan Supply dan Demand Terbentuk?
Kawasan ini terbentuk apabila:
- Price berhenti seketika (membentuk base).
- Kemudian bergerak secara kuat samada menaik atau menurun.
Pergerakan yang kuat inilah yang kita gelarkan sebagai ‘imbalance‘. Ia menunjukkan institusi besar baru sahaja melepaskan order mereka.
Jenis-Jenis Pergerakan Market (Structure Movement)
- Drop – Base – Rally (Demand Zone)

- Rally – Base – Drop (Supply Zone)

- Rally – Base – Rally atau Drop – Base – Drop (Continuation Zone)
![]() | ![]() |
Kebiasaanya apabila harga kembali ke kawasan ini pada masa akan datang, ia biasanya akan memberi reaksi samada Demand atau Supply kerana masih lagi ada pending order yang tertinggal dari BIG TRADER.
Supply and Demand Yang Menentukan Trend Market
Jika kita lihat trend market adalah hasil dari kekuatan antara Supply and Demand.
- Uptrend (Bullish) – Demand mengatasi Supply (Buyer lebih dominan mengatasi Seller)
- Downtrend (Bearish) – Supply mengatasi Demand (Seller lebih dominan mengatasi Buyer)
- Sideways (Range) – Supply dan Demand seimbang (harga bergerak secara mendatar)
Apabila zone Demand ditembusi oleh price dan harga terus jatuh menunjukkan Supply telah mengambil alih trend market. Begitu juga jika zone Supply ditembusi price dan meneruskan kenaikan menunjukkan Demand sedang menguasi market.
Bagaimana Kita Sebagai Trader Boleh Menggunakan Konsep Ini?
Trader yang professional, mereka tidak masuk position sebarangan. Kebiasaannya mereka faham konsep Supply and Demand di dalam market. Mereka akan tunggu price datang memasuki zone Supply and Demand ni dan lihat reaction close candlestick kerana mereka jangkakan pergerakan yang besar mungkin berlaku dari open position dari Big Trader. Anda juga boleh ikut cara mereka untuk mendapat position dengan risiko yang kecil dan reward yang besar.
Langkah-langkah yang anda boleh gunakan:
- Kenal pasti arah trend utama – gunakan time frame H4/Daily
- Tandakan kawasan Supply and Demand yang jelas – base yang menyebabkan pergerakan besar
- Tunggu harga kembali semula ke kawasan tersebut
- Gunakan candlestick signal – semua sifat candlestick reversal signal (CRS) yang wujud setelah close candlestick
Dengan cara ini anda bukan lagi seorang trader yang ‘rasa’ atau trader ‘kalau’ tetapi anda seorang trader yang faham dengan structure market yang akan digerakkan oleh Big Trader.
Kesimpulan
Konsep asas Supply and Demand memberi anda pemahaman yang mendalam tentang atau sebab sesuatu price bergerak di dalam market. Tidak kira market forex, saham, crypto, komoditi dan sebagainya.
Apabila anda sudah tahu di mana Big Trader akan meletakkan order mereka, anda boleh:
- Entry di tempat yang logik (bukan secara rawak).
- Kurangkan risiko (false signal).
- Tingkatkan potensi profit dengan ratio yang lebih tinggi.
Dalam artikel dan video seterusnya saya akan terangkan tentang ‘Cara Mengenalpasti Supply dan Demand Zone di Chart’ dengan langkah demi langkah untuk anda melukis zone sebenar entry dari Big Trader.
Jika anda nak belajar lebih lanjut tetang cara lukis zone, membaca pergerakan institusi besar ini dan cara-cara entry yang berkemungkinan berkesan dan yang sentiasa saya gunakan, anda boleh dapatkan ebook saya ‘The Supply and Demand – Profit System’ seperti yang buku yang saya jual di Amazon di bawah.

Sekarang mari kita lihar penerangan dalam video di bawah.






