| DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Untuk post ni saya panggil Fakeout la ye. Apa maksud Fakeout ni?
Fakeout ni ialah kebanyakannya adalah mainan daripada Market Maker team. Sebagai Retail Trader kita trade hanya untuk mengambil untung tetapi bagi Market Maker mereka trade sebagai bisnes.
Sebagai Retail Trader kita hanya mengikut trend tetapi sebagai Market Maker mereka mengubah trend. Apabila mereka ingin mengubah atau menggerakkan sesuatu trend, mereka akan mengutip liquidity daripada stop loss Retail Trader untuk menggerakkan market.
Ilustrasi di bawah adalah bagi breakout yang normal.

Kebanyakan Retail Trader yang trade menggunakan Support and Resistance akan masuk position Buy/Sell selepas breakout kan? Market Maker akan sentiasa memerhati kawasan ini untuk lihat berapa banyak Retail Trader masuk position dan berapa banyak Stop Loss yang mereka letakkan.
Dengan jumlah position yang banyak dan Stop Loss yang banyak maka Market Trader akan masuk market untuk mengutip liquidity/stop loss retail trader sebelum menggerakkan market. Apabila mereka masuk mereka akan create Fakeout bagi mengelirukan Retail Trader yang percaya selepas breakout dah boleh setkan PO Buy/Sell dan setkkan Stop Loss.
Ramai yang tertipu dengan permainan Fakeout ni. Jom kita lihat ilustrasi Fakeout ni.

Bagi seorang Price Action Trader, Fakeout adalah satu rezeki kerana Fakeout ni menjadi satu signal yang price akan bergerak ke arah yang berlawanan dengan breakout yang telah dilakukan.
Untuk mengenal Fakeout. ia terdiri dari 2 jenis candles dan kadang-kadang 3 candles untuk membentuk Fakeout. Jom sekarang kita lihat ilustrasi Fakeout.


Sekarang kita lihat bagaimana Market Maker mengutip liquidity daripada Stop Loss retail trader melalui Fakeout ni berlaku di chart.




