Your cart is currently empty!
JOM SCALPING! – 3 ULTIMATE SCALPING STRATEGIES
Share with
Dalam Scalping terdapat 3 strategi iaitu:
- Beginner
- Intermediate
- Advance
Nak jual signal pun boleh ni 🙂 Jom kita pergi satu-persatu strategi.
Semua strategi scalping ini saya gunakan di TF M5. Anda boleh juga gunakan di TF M1, M15, M30. Jom scalping dengan 3 Ultimate Scalping Strategies
BEGINNER
Dalam strategi beginner kita akan menggunakan 3 Smoothed Moving Average (SMMA) dengan setting.
Setelah kita setkan SMMA ini kita akan lihat chart kita seperti ini.
Strategi ini kita hanya monitor 9 SMMA cross 14 SMMA dan 50 SMMA adalah direction market. Beberapa syarat perlu dipatuhi untuk menggunakan teknik ini.
- Jika 50 SMMA berada di atas dan 9 SMMA cross 14 SMMA kita akan open position SELL
- Jika 50 SMMA berada di bawah dan 9 SMMA cross 14 SMMA kita akan open position BUY
SELL POSITION
Sekarang mari kita lihat reaction chart seterusnya.
Chart telah menunjukkan 9 SMMA dan 14 SMMA telah cross dan 50 SMMA berada di atas. So, kita dah boleh buka position SELL.
Kita setkan SL kita beberapa pips di atas resistance area sebelumnya dan TP kita pula kita setkan pada support area yang berhampiran.
Sekarang mari kita lihat perjalanannya.
Price tela hit TP kita sebanyak 7.45 pips! ini satu position sahaja. Kebiasaannya dalam scalping kita akan layer position berlapis-lapis kan? 😀
BUY POSITION
Sekarang kita lihat pula untuk posiyion BUY.
9 SMMA telah cross 14 SMMA dan 50 SMMA pula berada di bawah. So, kita akan buka position BUY.
Untuk SL kita setkan beberapa pips di bawah support area dan TP kita pula boleh letakkan pada resistance berhampiran. Jika anda lihat di sini saya letakkan TP saya pada resistance area belakang sikit sebab jika saya letakkan resistance area yang berhampiran tak padan dengan profit yang kita akan dapat.
Jom kita lihat pergerakan price.
Price telah hit TP kita sebanyak 2.37 pips! untuk satu position sahaja.
Menarikkan teknik ni? Monitor SMMA sahaja!
INTERMEDIATE
Ok kita masuk pula dengan teknik yang kedua iaitu teknik Intermediate. Teknik ini kita akan gunakan Support and Resistance sebagai cara trade scalping.
Dalam teknik ini kita hanya menggunakan Breakout Strategy sahaja sebab kalau Bounce Strategy agak susah nak accurate dengan TF yang kecil.
Jom kita lihat chart di bawah.
BUY POSITION
Kita dapat lihat price telah break resistance area sebelumnya. Kebiasaannya selepas breakout price akan return semula pada bahagian yang telah di break.
Jika kita lihat di sini price telah return semula ke area resistance yang telah di break dan telah menjadikan area tersebut sebagai support. Ini menandakan wujudnya Resistance Become Support (RBS).
Sekarang kita boleh standby untuk lihat price kembali ke area RBS tersebut.
Price telah masuk semula ke area RBS tersebut dan membuat rejection shadow yang menunjukkan buyer telah masuk.
Kita dah boleh buka position BUY. Kita setkan SL beberapa pips di bawah shadow scandlestick yang paling rendah dan TP pula kita setkan separuh pada bahagian resistance area.
Sekarang mari kita lihat hasilnya.
Price telah hit TP kita sebanyak 3.23 pips dengan hanya satu position sahaja!
SELL POSITION
Sekarang kita masuk cara untuk sell pula. Seperti sebelum ini kita juga akan menggunakan Breakout Strategy.
Mari kita lihat chart di bawah.
Support area telah break dan kita jangkakan price akan kembali ke area yang telah dibreak dan membentuk Support Become Resistance (SBR).
Price telah masuk semula pada area support yang telah dibreak dan membuat rejection CRS Bearish Engulfing dan telah confirm yang area ini membentuk SBR.
Sekarang kita boleh buka position SELL kita.
Kita setkan SL kita pada resistance area yang berhampiran dan TP pula kita boleh setkan pada support area yang berhampiran. Seperti dalam contoh ini saya mengambil support area di belakang sikit sebagai TP sebab jika kita lihat market telah berubah trend dari Uptrend ke Downtrend di TF yang kecil.
Sekarang mari kita lihat price akan bergerak ke mana.
Akhirnya price telah hit TP kita sebanyak 3 pips! Ingat ini hanya satu position sahaja ye 😀
ADVANCE
Akhir sekali kita masuk pula di dalam advance pula. Ini agak tricky sikit bagi sesiapa yang tak menguasai lagi Supply and Demand.
Teknik ini menggunakan Supply and Demand (SnD) sebagai cara kita entry. Sekarang kita lihat chart di bawah.
Seperti teknik Intermediate, kita menggunakan teknik Breakout Strategy.
BUY POSITION
Sekarang kita lihat chart di bawah.
Di dalam chart ini saya telah tandakan SnD area. Price telah break base sebelum.Seperti kebiasaan setelah breakout price akan cuba kembali ke area yang telah di break.
Price telah kembali dan juga telah membentuk CRS Bullish Engulfing. Ini peluang baik untuk kita buka position BUY.
Saya open position BUY dengan SL beberapa pips di bawah area SnD dan TP pula saya ambil di resistance area belakang.
Akhirnya price telah hit TP kita dengan profit sebanyak 5.27 pips! Ingat, ini untuk satu position je ye..biasanya untuk scalping ni kita akan masuk layer by layer 😀
SELL POSITION
Seterusnya kita akan pergi pula cara untuk sell bagi teknik advance ini.
Pada chart di atas saya telah tandakan 2 SnD area unruk melihat kemana price akan masuk.
Price telah masuk ke dalam SnD area yang bawah dan membentuk CRS Bearish Engulfing! Peluang terbaik untuk open position Sell.
Saya telah buka position dengan SL beberapa pips di atas SnD area dan TP pula pada support area di belakang.
Akhirnya price telah hit TP kita sebanyak 5.27 pips untuk 1 layer sahaja!.
Hebat tak teknik ni. Kalau anda nak jual signal pun boleh ni 😀 Hahahaha..
Seterusnya jika static i mage ini anda kurang faham, anda boleh lihat penerangan video di bawah.
Tagged in :