,

Swap Zone: Dapatkan Profit Konsisten Dalam Trading Forex!

Rizal Ahmad Avatar

Categories

Apa maksud SWAP ZONE di dalam Supply and Demand?

Sebelum kita pergi dengan lebih detail, saya akan terangkan satu persatu.

Definisi Swap Zone

Swap Zone ialah kawasan atau zone Supply dan Demand bertukar.

Ia seperti juga di dalam Support and Resistance akan bertukar menjadi Support Become Resistance (SBR) dan Resistance Become Support (RBS).

Swap Zone ini berlaku apabila sesuatu zone telah ditembusi atau breakout. Jom kita lihat pada ilustrasi di bawah.

Kepentingan Swap Zone

Apa kepentingan Swap Zone ini dalam trading? Di sini saya akan terangkan beberapa kepentingan Swap Zone ini dalam membuka position kita.

  • Petunjuk Perubahan Trend Mungkin Berlaku: Swap Zone adalah zone yang menandakan kemungkinan perubahan arah mungkin berlaku di area tersebut. Apabila area Supply bertukar kepada Demand area atau Demand area bertukar kepada Supply area, ia menunjukkan trader-trader telah mengubah perspektif mereka terhadap arah pergerakan market.
  • Supply dan Demand Yang Baharu: Swap Zone bertindak sebagai area Supply dan Demand yang baharu. Kawasan ini sering menjadi tumpuan bagi trader untuk meletakkan position kerana area Swap Zone ini menunjukkan perubahan besar mungkin akan berlaku..
  • Tempat Membuka Position;Swap Zone ini juga menjadi tempat yang sesuai untuk trader membuka position. Ramai trader menunggu price kembali ke area Swap Zone ini sebelum membuat keputusan dalam trading.

Sekarang mari kita lihat pula area Swap Zone ini di dalam chart.

Berdasarkan chart di atas kita dapat lihat area Supply zone telah terbentuk dan price telah membuat reaction di area Supply zone ini sebelum melakukan breakout.

Apabila price break Supply zone tersebut dah kembali semula, Supply zone ini telah bertukar kepada Demand zone. Anda dapat lihat price telah membuat reaction di Demand zone dan meneruskan kenaikan.

Sekarang kita lihat lagi dalam bentuk chart.

Di sini sekali lagi price telah break Demand zone dan telah mencipta Supply zone yang baharu. Kita dapat lihat price beriaksi di dalam Supply zone dan meneruskan penurunan.

Kita sambung lagi di dalam chart seterusnya.

Kita dapat lihat price telah melakukan reaction di Supply zone yang baharu dan meneruskan penurunan.

Di sinilah kita dapat lihat kepentingan Swap Zone ini dalam membuat atau membuka position dalam trading kita.

Sekarang kita akan lihat pula video penerangan di bawah.

Rizal Ahmad Avatar

One response to “Swap Zone: Dapatkan Profit Konsisten Dalam Trading Forex!”

  1. […] dalam screenshot di bawah kita kena pertimbangkan zone Level 0.382 dan juga 0.50 kerana terdapat Swap Zone di area tersebut kerana price telah break Supply Zone tersebut dan kemungkinan ia akan jadi Demand […]