Kepentingan Supply and Demand Dalam Trading

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Dalam trading forex selain dari Support dan Resistance, Supply dan Demand amat memainkan peranan penting dalam trading.

Seperti pada news pada minggu lepas 5 September – 6 September 2024 menunjukkan USD menerima sedikit kekuatan dan kebanyakannya maintan dalam news tersebut.

Walau bagaimana pun ia memberi kesan dalam currency pair USD.

Bagi yang memehami KONSEP Supply and Demand, kebanyakannya mendapat profit dalam keadaan news seperti ini.

Seperti di bawah adalah contoh pair base USD.

Jika kita lihat price telah masuk di dalam base di atas dan telah meneruskan penurunan hingga ke base di bawah.

Dalam keadaan itu saya membuka 2 position dan semua position berdasarkan base.

Jika kita lihat pada chart di atas, saya membuka position pada base bukan pada area Resistance kerana saya beranggapan di area Resistance tersebut terlalu banyak liquidity bagi retail trader.

Kebiasaannya Market Maker akan mengutip liquidity terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan seperti yang mereka rancang.

Jika kita lihat Market Maker memberhentikan price di area RBS tersebut bagi memberikan peluang untuk retail trader meletakkan position Buy berdasarkan area RBS tersebut adalah kuat.

Sekali lagi Market Maker akan memakan stop loss retail trader sebagai liquidity untuk mereka meneruskan penurunan.

Dan dalam position kedua pula saya meletakkan position saya pada area base di atas kerana price tidak memecahkan line kebarangkalian perubahan arah di atas dan market masih lagi dalam keadaan Downtrend.

So, kesimpulannya anda juga PERLU MAHIR dalam teknik Supply and Demand selain dari teknik Support and Rsistance.

POINT PENTING: Sentiasa lihat dari mata Market Maker. Jika anda buat analisis dan tahu position mana yang anda ingin letakkan, zoom out untuk lihat pula dari mata Market Maker di mana ramai retail trader akan memasuki position mereka.

Di situlah terkumpul LIQUIDITY yang menjadi petrol untuk mereka menggerakkan market.

Rizal Ahmad