DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tajuk post kali ini ialah ‘Apa Itu Base Yang Dipecahkan 2 Candlestick?’.
Base tidak semestinya wujud apabila dipecahkan oleh 1 candlestick atau kita biasa panggil engulfing.
Base juga wujud jika dipecahkan oleh 2/3/4 candlestick.
Kebiasaannya saya trade menggunakan base yang dipecahkan oleh 1 dan 2 candlestick sahaja.
Dibawah adalah ilustrasi base yang dipecahkan oleh 2 candlestick.

Sekarang mari kita lihat reaksi base jenis ini di dalam chart.

Pada chart di atas kita dapat melihat base dipecahkan dengan 2 candlestick. Ini adalah confirmation ia sebagai base. Dalam contoh ini base tersebut adalah Demand zone.
Mari kita lihat pergerakan price seterusnya.

Kita dapat lihat chart di atas price telah masuk ke dalam Demand zone dan membuat rejection.
Sekerang kita lihat pula contoh Supply zone.

Di atas kita dapat lihat base yang telah dipecahkan oleh 2 candlestick dan telah membentuk Supply zone.
Sekarang kita lihat pergerakan price selepasnya.

Price telah masuk ke dalam Supply zone dan membuat rejection dan ia meneruskan penurunan.
Ini adalah contoh-contoh yang kebiasaannya ada di dalam chart dan kita boleh trade menggunakan Supply dan Demand zone dipecahkan dengan 2 candlestick.