Apa itu Forex?

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Apa itu Forex? Forex ialah singkatan dari Foreign Exchange.

Forex ialah pertukaran wang asing dalam market yang global di mana mata wang diniagakan. Jumlah transaksi harian dari forex melebihi $7.5 trillion.
Forex beroperasi secara elektronik melalui rangkaian bank, institusi kewangan dan juga individu.

Pasaran forex bermula waktu perdagangan di Sydney, kemudian bergerak ke Tokyo, London dan terakhirsekali pasaran New York. Pasaran forex beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu dari hari Isnin hingga Jumaat.

Tujuan utama forex adalah untuk mendapatkan keuntungan dari perubahan nilai pertukaran asing. Di dalam forex matawang yang biasa didagangkan ialah matawang USD, EUR, JPY, GBP dan lain-lain.

Pasaran forex memainkan peranan yang penting dalam ekonomi. Nilai pertukaran matawang memberi petunjuk tentang kekuatan atau kelemahan sesuatu negara.

Pasaran forex mempunyai risiko yang tinggi kerana ia sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor sepertu perubahan kadar faedah, keadaan politik, isu geopolitik dan data ekonomi. Oleh itu peserta yang menceburi bidang forex ini perlu memahami risiko dan menggunakan strategi pengurusan risiko untuk sentiasa dapat keuntungan dalam perniagaan ini

Rizal Ahmad

More Articles & Posts