DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Traders.
Pernah tak kita fikir kenapa harga di market saham atau forex boleh naik dengan laju kemudia jatuh semula tanpa sebab?
Ramai yang kita fikir mungkin sebab signal, indicator repaint atau news manipulation.
Tapi sebenarnya semua pergerakan ini disebabkan hukum asas ekonomi iaitu Supply and Demand.

Apa Maksud Supply and Demand?
Secara asasnya maksud Supply and Demand ialah:
- Supply – Bermaksud penawaran. Iaitu jumlah sesuatu barang atau aset yang tersedia di dalam market.
- Demand – Bermaksud permintaan – Iaitu keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang atau aset pada harga tertentu.
Supply and Demand ini bukan teori, ia benar-bernar berlaku dalam dunia sebenar.
- Bila permintaan tinggi tetapi bekalan rendah – harga akan naik
- Bila bekalan banyak tetapi permintaan rendah – harga akan turun
Contohnya:
Jika tiba-tiba bekalan minyak dunia berkurangan (supply rendah), harga minyak kan meningkat kerana ramai pengguna yang memerlukan (demand tinggi) minyak tersebut.
Macam Mana Konsep Ini Berlaku Dalam Market Forex?
Dalam tajuk ini kita akan bincang tentang market forex.
Konsep Supply and Demand ni berlaku pada setiap pergerakan candlestick.
Harga currency akan naik kerana pembeli (buyers) lebih kuat berbanding dengan penjual (sellers).
Harga currency boleh jatuh disebabkab currency tersebut telah dimonopoli penjual dari pembeli.
Tapi apa yang menarik sebenarnya institusi besar seperti bank dan hedge fund yang banyak menentukan di mana zone Supply dan Demand berlaku.
Mereka tidak boleh masuk market dengan lot yang besar sekaligus, jadi mereka akan mencipta kawasan atau zone tertentu (base) untuk mengumpul order sebelum harga digerakkan oleh mereka.
Contohnya:
- Apabila mereka ingin menjual dengan lot yang banyak, mereka akan tolak harga ke atas bagi menarik retail trader yang beranggapan market sedang menaik sedangkan mereka menunggu penjualan di Supply Zone dan membuat penjualan dan collect stop loss dari retail trader yang buy pada currency tertentu.
- Begitu juga apabila mereka ingin membeli dengan banyak, mereka akan toleh harga turun untuk memacing retail trader open position sell sedangkan mereka telah bersedia untuk meletakkan lot yang banyak pada kawasan Demand Zone.
Kenapa Trader Perlu Faham Supply and Demand?
Ramai trader hanya fokus kepada signal atau indicator tetapi mereka tidak faham kenapa sesuatu price itu bergerak.
Apabila anda faham konsep Supply and Demand sebenarnya anda sedang memahami niat sebenar atau tindakan yang bakal dilakukan oleh institusi besar dalam pergerakan market.
Apabila anda sudah faham, kelebihannya:
- Anda tahu di mana harga berpotensi untuk melakukan pergerakan reversal
- Anda boleh entry dengan risiko yang kecil tetapi mempunyai reward yang besar
- Anda tidak lagi bergantung pada signal atau indicator kerana anda sudah memahami pergerakan market
Kesimpulan
Supply and Demand ia bukan sekadar teori, ia adalah asas kepada semua pergerakan harga samada dalam forex, saham dan komoditi.
Setiap pergerakan naik dan turun bukan berlaku secara rawak tetapi disebabkan ke tidak seimbangan antara pembeli dan penjual pada kawasan tertentu.
Akan datang saya akan terangkan bagaimana mengenal pasti kawasan Supply dan Demand di dalam chart supaya anda boleh kenal di mana tempat yang berpotensi untuk membuat entry yang terbaik.
