,

Cara Mudah Trade Gold dengan Supply & Demand (Rahsia Trader Pro!)

Rizal Ahmad Avatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Hari ini saya nak kongsikan macamana cara nak trade gold (XAUUSD) dengan menggunakan Supply and Demand.

Saya biasa trade menggunakan teknik Supply and Demand ni dalam trading. Kali ni saya nak kongsikan macamana cara saya lakukan trade di dalam gold pada minggu lepas.

Ingat konsep FOREX

‘Setiap Pergerakan Price Berdasarkan Signal/Tanda Tertentu’

Jika anda fahan dengan konsep ini ia akan memudahkan cara anda trade!

Ok jom kita terus ke cara saya trade pada minggu lepas.

Anda boleh lihat pada chart di bawah.

Di atas adalah chart XAUUSD pada TF H1. Jika anda lihat terdapat shadow panjang di atas. Ini adalah kerana news USD pada pukul 2.00am.

Semasa price membuat rejection effect news tersebut, saya dah stanby tandakan base di bawahnya.

Saya masuk position pada pukul 8 pagi disebakan rejection yang clear pada base tersebut. Saya ada tandakan seller sedang tarik market ke bawah. Pergerakan ini adalah sekadar retracement sahaja kerana trend yang terbesar adalah Uptrend.

Position buy saya pada base ataupun Demand Zone. SL saya letakkan beberapa pips di bawah base dan TP pula pada shadow rejection sebelum ini.

Semasa pergerkan price, ia telah break minor trendline.

Konsep BREAKOUT

Setiap Breakout, Price Pasti Akan Return Semula

Selepas breakout saya prepare area base yang berkemungkinan price akan kembali. Di atas saya ada tandakan 2 base.

Price telah buat rejection pada base yang di bawah. So, saya masukkan lagi position dengan SL beberapa pips di bawah base dan TP pula atas sikit dari TP sebelumnya kerana market telah menunjukkan ia bertukar kepada Uptrend (price melebihi HH sebelumnya).

Akhirnya price telah hit TP position pertama sebanyak 45.21 pips dan position kedua sebanyak 28.21 pips. TOTAL 73.42 PIPS!

Untuk penerangan lanjut anda boleh lihat video di bawah. Anda juga boleh mendownload FREE Ebook Teknik Scalping bersama Acces ke Membership Area di bawah.

Pilih ‘TEKNIK SCALPING POWER – PERCUMA!

Rizal Ahmad Avatar