,

Cara Trade Forex Paling Mudah & Profit!

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak ceritakan macamana nak trade forex dengan mudah tapi dengan profit yang tinggi!

Saya mempunyai 2 monitor dan monitor di sebelah kanan saya selalu buka chart untuk perhatikan pergerakan price dan mencari SEBAB @ MENGAPA price berhenti dan bergerak.

Sepanjang pemerhatian saya, saya jumpa satu pergerakan price akan bergerak ke arah di mana signal ini wujud.

Saya mempunyai 2 orang guru di Malaysia. Untuk SNR saya belajar dengan Khalid Hamid dan untuk SND saya belajar dengan Hanzo. Walaubagaimana pun saya juga banyak belajar dengan cikgu-cikgu di luar negara seperti Hector, Brad dan lain-lain.

Bila saya jumpa signal tersebut saya cari dalam ilmu-ilmu Cikgu Hanzo, beliau menerangkan yang signal tersebut sebagai PEAK CANDLE yang bertindak sebagai base bila base sebelumnya lebih besar dari Peak Candle dan bila saya check dengan ebook & buku Khalid Hamid dari 2012 sehingga sekarang, saya jumpa di dalam ebook edisi ke-6 2015. Beliau panggil ia sebagai INSIDE BAR.

Apa maksud INSIDE BAR?

Inside Bar bermaksud candlestick yang wujud lebih kecil dari candlestick sebelum. Candlestick Inside Bar mestilah berlawanan trend dari candlestick yang sebelum.

Contoh: Jika candlestick yang sebelum bewarna merah (bearish). Inside bar mestilah bewarna hijau (bullish). Begitu juga sebaliknya, jika candlestick sebelum bewarna hujau (bullish), candlestick Inside Bar mestilah bewarna merah (bearish).

Lihat ilustrasi di bawah.

Apa fungsi INSIDE BAR ni?

Jika ia wujud, price seterusnya akan mengikut arah candlestick Inside Bar ini. jom kita lihat contoh di chart.

Di bawah adalah contoh Inside Bar Bullish.

Kita akan lihat pergerakan price seterusnya.

Lihat price mengikut arah Bullish Inside Bar tersebut.

Sekarang kita lihat Bearish Inside Bar pula.

Dan kita lihat arah price seterusnya.

Kita dapat lihat price mengikut arah Inside Bar tersebut.

Sekarang macamana kita nak trade?

Terdapat 3 Syarat yang kita kena patuhi:

  • Pastikan TREND SEMASA
  • Inside Bar di dalam time frame H4/Daily
  • Buka position berdasarkan bentuk Inside Bar (BUY/SELL)
  • TP berdasarkan Support and Resistance atau Supply and Demand yang terdekat. Jika TIADA boleh menggunakan Ratio 1:2.

Apabila wujud Inside Bar, kita dah boleh masukkkan position berdasarkan Inside Bar tersebut samada Bullish atau Bearish.

Sekarang mari kita lihat cara masuk trade jika Inside Bar adalah Bullish.

SL kita akan letakkan beberapa pips di bawah shadow Inside Bar dan TP pula kita akan lihat area SNR atau SND yang terdekat.

Lihat price di atas telah menyentuh TP pada area Resistance yang sebelum.

Sekarang mari kita lihat Inside Bar untuk Sell pula.

SL seperti di atas, diletakkan beberapa pips di atas shadow Inside Bar dan TP pula pada area SNR atau SND yang terdekat dan kita dapat lihat price telah meneyentuh TP kita.

Saya harap anda faham tentang teknik Cara Trade Forex Paling Mudah & Profit ini. Sebenarnya ia banyak wujud di dalam chart. Anda boleh buat backtest dan lihat keberkesanan teknik ini.

Lihat video penerangan di bawah.

Rizal Ahmad