Assalamualaikum dan sala sejahtera semua.
Dah lama saya tak update blog saya sebab terlalu fokus pada ‘Belajar Forex Percuma – From Depo to Withdraw’ di dalam channel Youtube saya.
Dalam playlist tu saya ajar subscribers dan followers cara belajar trade forex secara PERCUMA je. Di luar negara saya jual ilmu ni dari $9.99 – $23.99 untuk ebook dan paperback di Amazon. Tutorial in English (coming soon) saya bercadang untuk jual $50 – $150/session TAPI untuk subscribers dan followers saya berikan secara PERCUMA!
Tapi kebiasaannya kita ni kalau percuma tak ambil kisah sangat. Ada yang suka berbayar baru power katanya! Takpelah itu pilihan masing-masing. Kalau rasa nak bayar pergi la ke Amazon saya cari nama author saya A. Reezal, bayar dalam US dollar itu pun dapat ebook/buku je kalau nak tutorial (coming soon) boleh la bayar saya $50 – $150.
Banyak pula saya membebel. Hahahahaha..
Ok kita kembali pada tajuk kita iaitu ‘Cara Trade Forex Yang Paling Saya Suka’.
Saya banyak buat profit dengan teknik ni. Teknik ni sesuai la untuk part time trader dan juga full time trader. Semua pair boleh guna. Selasa lepas saya buka position di USDJPY dan hari ni (Khamis) baru hit TP.
Cara trade ni dia rilek sikit..so, saya sarankan anda fokus sikit jika anda nak profit.
Untuk post ni saya akan ceritakan cara trade pada perubahan trend dulu. Cara yang lain selepas tu saya akan terangkan dalam post akan datang.
Saya gunakan teknik breakout strategy Role Reversal dan Swap Zone
Lihat chart di bawah.

AUDUSD Time Frame H4
Pada chart di atas saya menggunakan teknik SMC, apabila price break previous low kita sudah boleh tandakan Change of Character (CHoCH). Ada yang panggil ia sebagai Structure Breaker.
Sebelum SMC ni wujud, pada tahun 2011 saya hanya menggunakan line sahaja untuk mark perubahan trend. Untuk sekarang saya lebih selesa menggunakan Change of Character (CHoCH) sebab dia ada nama dan senang nak tanda.
Ok, step seterusnya kita akan tandakan Support and Resistance dan Supply and Demand pada time frame H4.

Pada chart di atas saya tandakan Support area dan berkemungkinan ia akan jadi Resistance (Support Become Resistance) setelah bprice break the area. Saya juga tandakan Demand zone pada asalnya dan sekiranya price return ke zone tersebut dan membuat rejection, ia akan bertukar menjadi Swap zone.
Supply and Demand amat penting bagi menguatkan confirmation pergerakan price.
PERINGATAN: Price tidak semestinya akan kembali kepada Support area yang telah di break, kadang-kadang ia akan return pada area Resistance dan Support sebelumnya.
Sekarang kita tukar chart ke time frame H1.

AUDUSD Time Frame H1
Dalam time frame ini kita cuma monitor pergerakan price dan untuk buka position. Anda boleh juga guna chart time frame M30, M15 atau M5. Bagi saya lebih selesa menggunakan time frame H1.

Price telah buat rejection beberapa kali apabila memasuki area Support dan Demand zone. Setelah kita dapat clear rejection baru kita boleh buka position Sell.

Saya buka position Sell pada harga close candlestick dengan SL saya letakkan beberapa pips di atas Demand zone dan TP pula saya sarankan and menggunakan ratio 1:2.

Alhamdulillah akhirnya price telah hit TP kita tadi.
Sekarang mari kita lihat contoh yang lain dalam video di bawah.