Kat Area Mana Nak Trade Forex? – Step 1

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada post kali ini saya akan ajar cara dan bagaimana untuk kita trade dengan teknik-teknik yang telah saya ajarkan sebelum ini dalam category ‘How to Trade‘ dan di area mana nak trade?

Bab ini sangat penting dalam menjadikan anda seorang PROFITABLE TRADER!. Saya akan masukkan setiap post ‘cara dan bagaimana untuk kita trade’ ke dalam satu category baru iaitu ‘Before to Trade‘.

Contoh chart di atas, soalan saya di mana anda nak trade dengan cara-cara trade yang telah saya ajarkan?

Dalam perjalanan untuk menjadi PROFITABLE TRADER, location di mana untuk anda buka position adalah AMAT PENTING!

Untuk post kali ini saya akan ajarkan step by step bernula dengan TRADING AREA.

Apa itu TRADING AREA?

Trading area bermaksud kawasan yang sesuai untuk kita masuk position Buy atau Sell. Dalam mencari Trading Area anda perlu mengetahui SWING POINT.

Apa pula maksud SWING POINT ni?

Swing Point ialah pergerakan arah market yang BESAR. Dalam Swing Point kita akan bahagikan kepada 2 iaitu:

  • Swing High
  • Swing Low

Swing High – Pergerakan di bahagian atas sebelum downtrend berlaku.

Swing Low – Pergerakandi bahagian bawah sebelum uptrend berlaku.

Jom kita lihat chart di bawah.

Lihat saya dah mark di mana level SWING HIGH dan SWING LOW. Saya mengira pergerakan yang besar sahaja. Pergerakan yang kecil atau Turning Point di dalam range tersebut saya tak kira.


Apa tujuan Swing Point?

Tujuan kita tandakan Swing Point pada chart adalah untuk kita dapat mencari area yang sesuai untuk kita trade di dalam range Swing High dan Swing Low ini. Mari saya zoom area ni.

Jadi kita akan monitor area ini untuk kita trade atau buka position. Area ini bia sa akan wujud peluang untuk kita buka position.

Saya memang selalu guna teknik ini sebelum membuka position. Dengan ratio 1:2 pun dah cukup menguntungkan untuk kita. Jom kita lihat pergerakan price seterusnya.

Lihat Bullish Engulfing telah wujud di dalam Trading Range kita. So sekarang kita akan masuk position Buy kita pada CRS yang wujud ni.

Pada chart di atas saya masukkan 2 position, Position pertama di area Key Level atau Resistance Area dengan Ratio 1:2 dan position kedua pada Base di bahagian bawah dengan SL mengikut position pertama iaitu beberapa pips di bawah shadow terendah dan TP pula saya follow dengan TP position pertama.

Sekarang mari kita lihat hasilnya.

Position yang saya letakkan pada position pertama yang trigger kerana ia Resistance Area telah bertukar menjadi Support Area (RBS).

Akan datang kita akan masuk ke Step 2 pula iaitu di mana kita tahu CRS yang wujud tu valid atau tak?

INGAT, FOREX ADALAH ILMU BUKAN NASIB!

Rizal Ahmad

One response to “Kat Area Mana Nak Trade Forex? – Step 1”

  1. […] Sebenarnya bab ini ialah Step 2 selepas bab Kat Area Mana Nak Trade Forex? […]