,

Macamana Nak Trade Forex? Cara Saya Trade (H4)

Rizal Ahmad Avatar

Ok sekarang kita sambung post yang sebelum ini iaitu Macamana Nak Trade Forex? Cara Saya Trade (Daily).

Pada post ini saya akan terangkan bagaimana untuk trade forex dengan menggunakan cara yang saya gunakan di time frame H4.

Sebagai reminder SOP yang kita perlu patuhi.

Syarat-syarat (SOP) untuk teknik ni:

  • Pastikan trend pada Time Frame (TF) Daily
  • Lukis trendline
  • Buka TF H4
  • Cari Engulfing (bullish/bearish)
  • Tandakan zone base
  • Gunakan Fibo untuk cari zone entry

Dalam contoh ni saya gunakan pair XAUUSD.

Pastikan trend pada Time Frame (TF) Daily

Sekarang kita akan buka chart pada TF Daily terdahulu.

Lukis trendline

Sekarang kita akan lukiskan trendline.

Anda lihat pada chart di atas, saya telah menandakan garisan trendline dan juga satu garisan bewarna hitam sebagai penanda aras yang price mungin telah bertukar dari downtrend ke uptrend.

Buka TF H4

Setelah kita ketahui trendline pada chart TF Daily, kita dah boleh buka chart TF H4.

Cari Engulfing (bullish/bearish)

Dalam chart H4 di atas tadi telah terbentuk bullish engulfing. Nampak macam price dah cuba retrace tapi kita akan cuba masuk position BUY di sini.

Tandakan zone base

Sekarang kita akan tandakan zone base sebelah bullish engulfing.

Saya ada tandakan 2 box base.

  • Base 1 – Keseluruhan base, dari shadow ke shadow.
  • Base 2 – Internal base atau body base sahaja.

Gunakan Fibo untuk cari zone entry

Sekarang kita akan tandakan fibo untuk mencari entry.

Setelah kita tandakan fibo, kita perlu mencari tanda-tanda dimana level yang sesuai untuk masuk position BUY.

Seperti post saya sebelum ini, zone yang kita perlu ambil perhatian ialah level 0.618, 0.5 dan 0.382 tetapi kita juga perlu ambil perhatian pada level 0.236 sekiranya engulfing terlalu panjang.

Kita dapat lihat chart di atas area Swap Zone mengenai level 0.5, 0.618 dan 0.786. Kita akan consider untuk letak position BUY pada level 0.5 dan 0.618 sahaja.

Masuk position

Sekarang saya akan masuk position di level 0.5 dan 0.618.

So, dalam chart di atas saya dah masuk 2 position dengan ratio 1:2. Sekarang mari kita lihat hasilnya.

Akhirnya price telah hit position BUY di level 0.5. Mari kita lihat pergerakan price seterusnya.

Dan price telah hit position BUY pda level 0.618. Kedua-dua position telah di trigger oleh price. Mari kita lihat pergerakan price seterusnya.

Akhirnya price telah hit kedua-dea TP kira. Pada position level 0.5, sekiranya lot yang kita buka 0.01 telah berhasil profit sebanyak $30.47 dan untuk position di 0.618, telah profit sebanyak $31.87.

So tatal kedua profit sebanyak $62.34!

Candlestick Reversal SIgnal (CRS) dan base pada time frame yang besar lebih tepat berbanding dengan TF yang bawah seperti H1, M30, M15 dan ke bawah.

Sekarang mari kita lihat video di bawah untuk penerangan dengan lebih lanjut.

Rizal Ahmad Avatar