Macamana Nak Trade Forex: Support and Resistance (Bounce Strategy)

Rizal Ahmad
DISCLAIMER

Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja.

Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang.

Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kebiasaannya dalam bab cara trade saya biasa menggunakan teknik Supply and Demand. Kali ni saya nak ajar mengenai cara trade forex dengan menggunakan teknik Support and Resistance pula.

Sebelum saya trade menggunakan Supply and Demand, memang saya menggunakan teknik Support and Resistance untuk trade.

Untuk masa sekarang saya masih lagi menggunakan Support and Resistance tetapi saya menyebut ia adalah area Key Level. Di mana dalam area ini juga terkandung base jika dilihat dalam TF yang kecil. Bagi pendapat saya:

‘Support and Resistance adalah REACTION AREA dan Supply and Demand adalah SEBAB KENAPA’

Saya pernah 2 bulan stop trading saya hanya melihat pergerakan market. Saya ada 2 monitor, 1 saya buka chart dan 1 lagi untuk saya buat kerja. Selepas 2 bulan mengkaji TANPA TRADE saya dapat kesimpulan KONSEP MARKET iaitu:

‘Setiap Pergerakan Market, Naik dan Turun Disebabkan Sesuatu’

Bila saya dah faham tentang konsep ni, ia memudahkan saya untuk trade. Saya sentiasa perhatikan atau tandakan area ‘Sesuatu’ tu dalam chart. Daripada ‘Sesuatu’ ini lah saya buka position trade.


Ok, dah jauh menympang. So, apa dia ‘Bounce Strategy’ ni?

Ia adalah konsep di mana apabila price menyentuh area Support atau Resistance ia akan memantulkan harga. Contoh apabila price naik dan menyentuh area Resistance ia akan memantulkan price ke bawah semula begitu juga Support area, apabila price turun ke area Support, ia akan memantulkan price naik semula.

Sebenarnya simple je teknik ni. Ada viewer tanya saya macamana kita nak tentukan area Support atau Resistance?

Seperti yang saya pernah terangkan di dalam blog ni cara menentukan area Support atau Resistance dengan menukar chart kita menjadi Line Chart. Setiap pergerakan besar terbentuk, kita akan tandakan area itu samada Support atau Resistance.

Jom kita lihat chart di bawah.

Lihat dalam Line Chart ni apabila price membuat penurunan dan kenaikan yang besar, kita tandakan area tersebut samada Support atau Resistance.

So, sekarang mari kita lihat dalam Candlestick Chart area yang telah kita tandakan.

Kita boleh adjust area Support and Resistance dari body ke shadow. Contoh di atas saya adjust area Support dari body ke shadow.

Sekarang kita boleh buat penandaan tambahan yang wujud di dalam chart ini.

Saya tandakan area Support sebelum yang telah break dan kita boleh jangkakan kemungkinan ia membentuk Support Become Resistance (SBR) sebab price telah membuat reaction rejection di area tersebut.

Jom kita lihat pergerakan seterusnya.

Price telah masuk ke area tersebut dan secara automatik kita tidak akan buka position Sell di area tersebut. CHoCH di atas bermaksud Change of Character. Kita menjangkakan MUNGKIN market akan bertukar arah.

Walau bagaimana pun mari kita lihat pergerakan seterusnya.

Price telah masuk ke area Resistance dan membuat rejection yang ketara tetapi tidak keluar lagi CRS untuk kita trade. Sekarang kita lihat pergerakan seterusnya.

Price telah melebihi area Resistance dan telah membuat CRS Bearish Engulfing dan kita boleh buka position Sell. Ini daripada pandangan Support and Resistance trader.

Bagi saya yang selalu bertanya ‘KENAPA’ dan trade menggunakan Supply and Demand, saya memandang price tersebut membuat Bearish di dalam base. Lihat chart di bawah.

So ia memberikan signal yang kuat bahawa kita akan buka position Sell.

Setelah candlestick close saya terus buka instant position dengan SL beberapa pips di atas shadow dan TP saya gunakan ratio 1:2. Mari kita lihat pergerakan price seterusnya.

So, sebenarnya memang mudah jika kita memahami KONSEP MARKET dan membuat profit dengannya.

Rizal Ahmad