Perbezaan Seorang Gambler dan Seorang Trader

Rizal Ahmad

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua Traders!

Dah lama saya tak update blog ni sebab agak buzy dalam menyiapkan online class ‘Institutional Supply and Demand Masterclass’ pada tahun ini.

Pada post kali ini saya nak kupaskan perbezaan samada anda seorang yang gambler atau anda seorang trader dalam dunia trading. Maksud dunia trading ini ialah samada saham, currencies, crypto, gold, dan lain-lainnnya.

Ramai orang masuk dunia trading ni, mind mereka ialah ‘untuk cepat kaya’.

Tapi realitinya, masuk je dalam dunia trading anda akan risiko akan mengalamai kerugian yang berkaitan dengan duit.

Ya! Risiko akan kehilangan duit anda bukannya akan mengayakan anda.

Saya postkan ini sebab saya tahu saya pun macam anda pada tahun 2010 (pada permulaan beginner).

Jika profit tu hanyalah sebagai ‘beginners luck’. Sedangkan loss lebih banya daripada profit sebenarnya. Kesimpulannya akaun saya still LOSS.

Bagi trader yang lama atau professional, mereka melihat trading ini adalah satu perniagaann manakala trader yang gamble ini melihat trading adalah satu peluang cepat kaya.

PERMULAAN MENCARI GURU

Pada tahun 2011, saya mula mencari cikgu, dan saya tahu ada cikgu di Malaysia tetapi saya tak kenal sesiapa cikgu-cikgu ni sehinggalah saya jumpa seorang cikgu di luar negara nama cikgu saya Hector.

Memang kebiasaannya untuk belajar dengan cikgu kita per keluarkan duit untuk belajar tak kiralah cikgu dalam Malaysia atau pun cikgu luar negara.

Ia adalah satu pelaburan untuk menjadikan anda seorang yang berilmu.

Dengan ilmu anda sudah boleh trade dengan konfiden dan profit datang sedikit demi sedikit hingga dapat konsisten profit dengan lebih besar setiap bulan.

TRADER GAMBLE TRADE TANPA SEBAB, TRADER LAMA TRADE DENGAN ILMU

Trader Gamble, mereka masuk entry disebabkan:

  • Entry kerana ‘rasa price nak naik’ – Ini yang saya katakan sebelum ini iaitu trader yang mempunyai instinct ‘RASA dan KALAU’. Rasa nak naik entry Buy, rasa nak turun entry Sell.
  • Entry keranan nampak candlestick besar – Asalkan nampak candlestick besar, mereka terus entry. Bullish candlestick yang solid (marubozu) terus entry Buy. Bearish candlestick (marubozu) terus trade Sell. Dulu betul anda boleh berpandukan berapa besar candlestick tersebut. Sekarang market tidak menentu, tidak boleh dijadikan kebesaran candlestick besar sebagai signal untuk price naik atau turun.
  • Entry kerana takut terlepas peluang (FOMO) – -Trader jenis FOMO ini satu masalah yang besar kerana mereka tidak sabar menunggu candlestick close. Nampak je candlestick sedang naik atau turun terus entry kerana mereka terlepas peluang dari awal. SABAR satu pelajaran yang tidak boleh diajar oleh mana-mana cikgu. Ia akan datang bersama dengan pengalaman dan ilmu. Sebenarnya banyak lagi setup entry yang wujud selepas itu.
  • Entry tanpa analisis – Tak buat apa-apa analisis anda yakin dan terus entry. RAMAI sangat trader yang baru tak buat apa-apa analisis untuk trade. Kebiasaanya, jika tiada analisis, kita akan takut melihat pergerakan price jika melawan entry anda. Nanti anda akan pergi ke masalah-masalah sebelum ini iaitu Entry Rasa, Entry Candlestick Besar dan Entry FOMO. Analisis adalah satu benda yang WAJIB untuk anda buat sebelum anda trade!

Trader Lama/Professional pula akan masuk entry disebabkan:

  • Entry berdasarkan Supply and Demand – Mereka tidak akan trade atau entry disebabkan ‘RASA atau KALAU’. Mereka entry disebabkan zone Supply and Demand. Adanya zone-zone tersebut, mereka akan tunggu price masuk dan membuat rejection atau CRS. Itu sikap trader lama atau professional.
  • Entry berdasarkan Market Structure – Mereka akan masuk entry berdasarkan market structure semasa, samada downtrend atau uptrend. Trader lama atau professional, mereka MASTER dalam ilmu market structure. Saya sentiasa ingatkan sebelum ini, jika kita punyai ilmu Supply and Demand yang hebat, strategy yang hebat, jika ilmu market structure fail, kita tetap akan FAIL.
  • Entry berdasarkan Liquidity – Trader lama atau professional, mereka tahu liquidity berada di mana sebab mereka master tentang Supply and Demand. Mereka tahu di mana Smart Money atau Big Trader akan mengambil liquidity retail trader. Liquidity ini adalah bonus confirmation dalam trading.
  • Entry berdasarkan sistem – Mereka mempunyai sistem trading yang jelas. Jika ada peluang mereka entry dan jika tiada peluang, mereka tinggalkan dan cari peluang pada saham, pair yang lain.

Saya selalu terangkan:

‘Trader Retail biasanya trade dengan aim target profit. Trader lama/profesional trade berdasarkan berapa risiko yang mereka ambil dan adakah position entry mereka betul-bertul berkualiti. Target profit bukanlan sebagai matlamat.’

TRADER GAMBLE TRADE IKUT EMOSI, TRADER LAMA TRADE IKUT PLAN

Trader Gamble kebiasaannya mereka trade mengikut emosi:

  • Revenge trade – Apabila mereka loss, mereka akan bertindak membalas dendam sebab loss tersebut. Balas dendam adalah emosi yang salah dalam trade.
  • Overtrade cover loss – Bila mereka loss, mereka menaikkan lot untuk cover loss tersebut. Kebiasaannya dengan emosi begini, akaun mereka akan MC.
  • Panic close trade – Trade Gamble ni, mereka takut jika lihat price membalik arah atau tidak mengikut arah yang mereka mahukan jadi mereka close position walaupun dapat profit yang sikit sedangkan loss mereka lebih besar dari profit.

Trader Lama pula

  • Terima loss – Mereka terima loss sebab mereka menganggap ia daripada sistem mereka. Jika loss, mereka dah anggarkan pada permulaan entry trade.
  • Tiada setup valid – Trader Lama tidak akan entry jika tiada setup valid. Mereka lebih berhati-hati sebelum memasuki entry. Mereka mengira berapa kerugian yang mereka akan terima jika setup ini fail.
  • Tidak mengikut emosi – Bagi Trader Lama, EMOSI bukan SISTEM mereka. Mereka entry pada setup yang valid, jika tiada setup mereka tidak akan trade.

Itu adalah perbezaan di antara Trader Gamble dan Trader Lama. Trader Gamble lebih banyak trade menggunakan emosi dan Trader Lama trade menggunakan sistem dan setup yang valid.

TRADER GAMBLE TIDAK KONSISTEN, TRADER LAMA LEBIH KONSISTEN

Setiap trader ada 2 jenis trader. 1 trader tidak kosnisten dan 1 lagi konsisten. Konsisten bermaksud di sini ialah, setiap bulan kita lihet berpa banyak kita profit dan berapa banyak kita loss, Trader konsisten lebih banyak profit daripada loss dan trader tak konsisten lebih banyak loss dari profit.

Inilah perbezaan di antara Trader Gaamble dan Trader Lama.

Trader Gamble biasanya:

  • Hari ni profit besar – Kenapa mereka tidak konsisten ialah mungkin pada hari ni mereka mendapat profit yang besar dengan strategy yang hebat. Strategy yang hebat hari ni tidak semestinya ia menjadi strategy yang hebat selepas ni.
  • Esok loss besar – Gunakan strategy yang sama tetapi mendapat loss yang besar pada hari esok. Tidak semestinya cara trade yang lama boleh digunakan pada hari ni.
  • Akaun turun naik – Akaun mereka turun dan naik tanpa arah atau tanpa konsisten.

Trader Lama pula:

  • Peningkatan stabil – Bagi trader yang lama, peningkatan profit mereka lebih stabil dan meningkat setiap masa kerana mereka mempunyai sistem.
  • Jangka masa panjang – Keuntungan mereka pada masa yang panjang. Mereka trade sebagai satu perniagaan. Siapa nak berniga tetapi tetap rugi?
  • Tidak bergantung pada satu trade – Bagi trader yang lama, mereka tidak bergantung pada satu trade sahaja. Mereka akan membuka position trade pada pair yang lain jika ada valid position.

Kebiasaannya Trader Gamble lebih mencari keseronokan dalam trading. Mereka akan seronok bila dapat profit yang besar dan murung jika terkena loss yang besar. Emosi akan menjadi indicator mereka dalam trade.

Bagi Trader Lama, mereka menganggap trading ini adalah satu kerja atau pernigaan. Mereka akan belajar dan berniaga bersungguh-sungguh agar perniagaan mereka tidak rugi. Kadang kala Trader Lama tidak entry langsung selama beberapa hari bergantung jika tiada setup yang valid.

Trader Gamble banyak bergantung dengan HARAPAN. Setiap trade yang mereka lakukan beserta dengan harapan. HARAPAN BUKAN ILMU, ia adalah emosi yang sepatutnya tiada dalam dunia trade.

Trader Lama trade dengan mempunyai sistem mereka sendiri. Mereka tahu dalam trading/pernigaan akan mempunyai profit dan jula loss. Setiap loss mereka lebih terkawal; berbanding dengan Trader Gamble. Mereka tahu setiap trade yang mereka entry berapa kerugian yang akan mereka kena. Mereka tidak mengira berapa profit yang merekadapat tetapi mereka mengira berapa loss yang mereka akan terima jika gagal.

KESIMPULAN

Begitula bezanya di antara Trader Gamble dan Trader Lama. Keseronokan Trader Gamble biasanya dalam masa yang singkat sahaja tetapi trader lama mereka akan merasa keseronokan dengan tiada masalah dengan keewangan dan tiada masalah dengan masa. Keseronokan mereka lebih panjang dan bertahun-tahun menikmati trading atau perniagaan ini.

Jika anda mahu menjadi trader yang konsisten, anda kena belajar ilmu-ilmu trading supaya anda lebih konsisten dalam trading. Tidak kira anda trade saham, currencies, gold, crypto dan lain-lain.

Untuk belajar tentang Supply and Demand, anda boleh dapatkan ebook Supply and Demand di bawah.

Tagged in :

Rizal Ahmad

More Articles & Posts