Saya Dah Pandai Trade!

Rizal Ahmad Avatar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Kenapa tajuk post saya kali ini bertajuk `’Saya Dah Pandai Trade!‘?

KONSEP FOREX ialah setiap pergerakan market berhenti dan meneruskan pejalanan adalah berdasarkan signal-signal yang wujud di dalam market.

Jadi Persoalan sekarang adakah kita sudah pandai membaca pergerakan market akan berlaku seterusnya? Sekarang kita lihat chart di bawah.

RESISTANCE

Berdasarkan chart di atas, anda rasa ke mana price akan pergi? Adakah ia akan meneruskan kenaikan atau price akan meneruskan penurunan?

Jika kita lihat resistance telah wujud di atas dan kita PASTI jangkakan yang price akan menghala ke bawah kerana price telah sentuh di area resistance kan?

Bagi seorang pembaca market (Market Analyst) mereka akan lihat market secara kesuluruhan di mana market semasa berada di dalam trend uptrend jadi mereka akan membuat sedikit analisis samada price akan terus turun atau akan meneruskan kenaikan.

Di dalam chart ini kita dapat membaca bahawa price telah di tolak oleh buyer ke atas. Resistance tersebut bukan bermakna ia kuat. Jika dilihat price terbuat telah test resistance area sebanyak 6 kali.

Sebagai pembaca market ia dapat merasakan kemungkinan BREAKOUT akan berlaku kerana market telah membentuk Descending Triangle.

Sekarang kita sudah dapat lihat bagaimana kekuatan buyer telah push market memecah resistance sebelumnya.

SUPPORT

Ok sekarang kita lihat pula chart di bawah. Agak-agak anda kemana price akan pergi?

Price dalam keadaan uptrend dan kita menjangkakan price mungkin akan meneruskan perjalanan ke atas.

Ditambahkan pula kewujudan Support di area tersebut kita semakin PASTI price meneruskan kenaikan kerana rejection daripada buyer berlaku dia area support.

Tetapi bagi pembaca market melihat dalam perspektif yang berbeza. Kita dapat kesan bahawa seller sedang tolak market ke bawah. Jika dilihat dengan teliti market telah membentuk Ascending Triangle.

Price telah test area support sebanyak 5 kali. Dengan signal-signal ini kita dapat menjangkakan price mungkin akan berlaku breakout.

Lihat price telah breakout area support tersebut dan price cuba bertukar dari uptrend ke downtrend.

Sebagai seorang trader kita perlu melihat chart dalam perspektif yang berbeza untuk mendapatkan lebih profit. Signal-signal ini sentiasa wujud di chart tetapi bagi beginner, mereka tidak dapat mengesan ke mana price akan bergerak.

Sekarang mari kita lihat video di bawah dan bagaimana cara trade dengan signal-signal yang telah saya ceritakan di atas.

Rizal Ahmad Avatar