DISCLAIMER Saya bukan pakar kewangan dan tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua kandungan di dalam video dan blog ini hanyalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian ilmu berkenaan perdagangan forex dan juga saham. Saya tidak mempromosikan mana-mana broker yang saya gunakan, dan segala maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman serta pandangan peribadi sahaja. Perdagangan forex retail tertakluk kepada peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini, tiada kelulusan khas diperlukan untuk individu yang trade forex, namun anda digalakkan untuk memahami sepenuhnya risiko dan implikasi undang-undang. Segala tindakan atau keputusan yang anda buat selepas membaca atau menonton kandungan ini adalah tanggungjawab anda sendiri, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau keuntungan yang berlaku. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Post ini kita kan sambung pada Step yang ketiga iaitu Smart Money Concept dalam Market Structure. Sepatutnya step ini saya letakkan pada Step 1 tetapi saya sengaja letakkan pada Step 3 sebab jika saya letakkan pada Step 1, kita mungkin akan lihat ia TIDAK PENTING atau kita beranggapan kita dah mahir tentangnya sedangkan ramai trader RUGI/LOSS sebab tidak betul-betul memahami market structure ini. Jika anda tidak mahir confirm SUSAH untuk consistent dalam trading.
Ok, kita sambung lagi. Smart Money Concept BUKAN cara trade, ia mengenai bagaimana kita melihat pergerakan market structure.
Di dalam Smart Money Concept ini saya tidak akan terangkan mengenai FVG (Fair Value Gap), OB (Order Block) dan sebagainya. Saya hanya akan terangkan 2 simple methods iaitu:
- Break of Structure (BoS)
- Change of Character (CHoCH)
Apa maksud Break of Structure (BoS)?
Break of Structure (BoS) bermaksud price telah memecah point tertinggi/terendah sesuatu market. Ia wujud samada di dalam trend Uptrend dan juga Downtrend.
Dengan pengetahuan Break of Structure (BoS) ini kita dapat tentukan position apa yang sesuai untuk kita masuk trade samada Buy/Sell.
Apa maksud Change of Character (CHoCH)?
Change of Character (CHoCH) ialah price memecah point yang tertinggi/terendah sebelumnya. Change of Character (CHoCH) ini bermaksud kemungkinan perubahan trend mungkin akan berlaku.
Dengan Change of Character (CHoCH) kita bersedia untuk menukar strategy position dari Buy ke Sell atau dari Sell ke Buy. Syarat confirmation ialah body price yang memecahkan level ini.
Sekarang mari kita lihat ilustrasi di bawah.

Saya harap anda faham serba sedikit tentang Break of Structure (BoS) dan Change of Character (CHoCH) berdasarkan ilustrasi di atas.
Sekarang mari kita lihat di dalam chart pula.


Di atas adalah contoh Break of Structure (BoS) yang sentiasa wujud di dalam chart. Saya letakkan pergerakan market Uptrend dan Downtrend.
Jom kita lihat chart di bawah pula.


Di atas ini pula contoh Change of Character (CHoCH) di mana market berubah daripada Downtrend ke Uptrend dan juga contoh dari Uptrend ke Downtrend.