Time Frame Mana Yang Terbaik Untuk Trade

Rizal Ahmad Avatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog saya.

Tajuk kali ini ramai yang bertanya sebab kebanyakannya salah memilih time frame yang sesuai untuk masuk position trade. Walaubagaimana pun ia bergantung kepada anda jenis trader bagaimana tetapi cara menentukan analisis sama sahaja setiap trader.

Saya bagi contoh, untuk scalper kebiasaannya mereka memilih untuk menggunakan time frame 15 minit atau 5 minit dan ada juga yang menggunakan time frame 1 minit utuk scalping.

Untuk intraday trader kebiasaannya mereka menggunakan time frame 1 jam dan 15 minit. Untuk swing trader pula kebiasaannya mereka menggunakan time frame daily dan time frame 4 jam.

Tidak kisah anda jenis trader bagaimana tetapi satu persamaan yang perlu anda ketahui iaitu anda perlu membuat analisis pada time frame yang besar sebelum menggunakan time frame yang kecil.

Bagi saya, kebiasaannya saya gunakan time frame daily, 4 jam, 1 jam dan juga 15 minit sebab saya jenis intraday dan juga swing. Ok jom kita lihat table di bawah.

Jenis TraderTime Frame AnalisisTime Frame Trade
Scalper1 jam atau 4 jam15 minit, 5 minit atau 1 minit
Intraday4 jam1 jam atau 15 minit
Swing traderMonthly dan Daily4 jam, 1 jam atau 15 minit untuk entry

Kebiasaannya saya analisis menggunakan time frame monthly, daily dan 4 jam sebagai analisis time frame. Time frame kecil saya gunakan untuk entry sahaja. Kebiasaannya position yang saya masukkan memakan masa paling singkat 2 hari dan paling lama 20 hari untuk mencapai target profit.

Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk saya gunakan time frame yang besar untuk analisis.

Time Frame Monthly

Biasanya time frame monthly ni saya buka setiap awal bulan untuk lihat anggaran pergerakan pada bulan semasa. Anda dapat lihat saya tandakan Supply Zone berwarna pink dan juga saya tandakan juga body base. Untuk time frame yang besar lebih baik kita tandakan body base dalam analisis kita.

Time Frame Daily

Di dalam time frame ini saya tandakan support area dan saya tandakan arah kemungkinan price akan pergi. Saya jangkakan price mungkin akan masuk ke dalam body base monthly. Saya juda ada letakkan tanda CHoCH (change of character) menunjukkan market kemungkinan bertukar arah sebab tu saya jangkakan price mungkin akan retrace ke body base.

Time Frame H4

Jika dilihat shadow yang terlalu panjang disebabkan buyer cuba memasuki market. Rejection berlaku di FVG (fair value gap). Untuk FVG kita takkan bincang di sini.

Lihat pergerakan price selepasnya tidak melepasi area shadow tersebut.

Di dalam time frame H4 ni kita dapat lihat price berkemungkinan akan meneruskan kenaikan seperti yang dirancang.

Price meneruskan kenaikan dan memasuki area body base monthly. Sekarang kita akan tunggu rejection atau CRS (candlestick reversal signal) untuk buka position.

Kita dapat lihat price telah membuat rejection kesan daripada seller masuk market. Bagi price action trader kita dapat lihat candlestick ini telah menelan 15 candlestick sebelumnya dan kita jangka pergerakan ini amat kuat.

Sekarang kita bokeh buka position. Contoh di sini saya buka 2 position. Satu pada level close candlestick dan satu lagi pada resistance yang berdekatan.

Stop loss (SL) saya setkan beberapa pips di atas resistance area dan take profit (TP) saya set pada level resistance sebelum.

Akhirnya price telah hit TP pertama kita dengan profit sebanyak 629.9 pips.

Dan TP kedua kita mendapat profit sebanyak 594.8 pips.

Untuk enter position bergantung pada area mana yang anda pilih. Sebenarnya setup ni agak complicated cuma saya nak tunjuk bagaimana kita membuat analisis pada time frame yang besar dan trade dalam time frame yang kecil.

Sekarang mari kita lihat berapa lama setup ini mengambil masa untuk hit TP.

Lihat setup ini mengambil masa selama 13 hari 20 jam untuk hit TP. Setup ini biasanya untuk swing trader.

Saya harap anda faham bagaimana menggunakan time frame besar sebagai analisis dan time frame kecil untuk buka position.

Tidak kira anda jenis trader bagaimana, gunakan table diatas untuk membantu anda membuat analisis.

Anda boleh menonton video di bawah. Sebelum itu anda boleh download ebook CARA TRADE SUPPORT AND RESISTANCE di bawah video ini secara PERCUMA.

Rizal Ahmad Avatar

More Articles & Posts