Your cart is currently empty!
Macamana Nak Trade Breakout Strategy? (Support and Resistance)
Share with
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Post kali ni saya nak ceritakan bagaimana nak trade menggunakan teknik Breakout Strategy.
Apa maksud dengan trade Teknik Breakout Strategy ini?
Breakout yang dimaksudkan di sini ialah apabila Support atau Resistance telah di pecahkan (break). Kebiasaannya price akan meneruskan perjalanan trend di area mana yang ia telah break.
Contoh; jika ia break Resistance, ia akan meneruskan perjalanan ke atas. Jika ia break Support, ia akan meneruskan perjalan ke bawah.
Walaupun ia nampak simple, tetapi ‘False Breakout’ selalu terjadi di mana Market Maker akan mengutip likuiditi stop loss retail trader untuk mereka menggerakkan market. Support and Resistance breakout terbahagi kepada 2:
● Bullish Breakout
● Bearish Breakout
Lihat ilustrasi Breakout di bawah.
Dalam cara trade ini kita berbicara tentang Resistance Become Support (RBS) dan Support Become Resistance (SBR). JIka anda lupa tentang topik ini anda boleh KLIK LINK ini.
Sekarang mari kita lihat tentang topik ini di dalam chart.
Ramai trader menggemari trade menggunakan teknik Breakout ini. Tidak kira samada mereka trade menggunakan Support and Resistance ataupun Supply and Demand.
So, untuk kali ini saya akan ajarkan bagaimana trade menggunakan Teknik Breakout ini.
Sebelum tu anda boleh download ebook CARA TRADE SUPPORT AND RESISTANCE di bawah secara PERCUMA ye.
Sekarang mari kita lihat video di bawah bagaimana cara trade menggunakan Teknik Breakout menggunakan Support and Resistance.
Tagged in :